Farid Aswan Ismail (FAI)
Life is a journey.Ask what we have done to help others.
Tuesday, 27 May 2014
Monday, 21 April 2014
Sunday, 20 April 2014
Prinsip Keabadian Tenaga dan Anda!
Tenaga bersifat abadi. Hukum fizik mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan.Ia hanya boleh berubah bentuk. Hukum fizik ini terpakai kepada seluruh alam semesta termasuklah manusia.
Contohnya: Tenaga matahari (cahaya, haba) –> Pokok (fotosintesis)- >lembu – (daging,lemak,karbohidrat) > manusia-> tugas-tugas harian
Manusia sebenarnya adalah satu bentuk tenaga. Untuk memahami hal ini kita perlu memahami kejadian manusia itu sendiri. Didalam setiap objek di alam semesta adalah terdiri daripada atom. Atom itu adalah energi. Ini adalah kerana menurut Albert Einstein E= MC2. Didalam badan manusia terdapat 7 x 1027 atom. Dan setiap atom ini akan bertindak mengikut hukum alam.
Dalam erti kata lain, manusia itu hanyalah satu bentuk tenaga. Apabila kita mencurahkan tenaga positif kepada alam, maka kita akan mendapat kembali tenaga berkenaan didalam bentuk yang lain. Namun jika kita mencurahkan tenaga negatif kepada alam semesta,kita akan juga turut sama menerima tenaga negatif dalam bentuk yang lain.
Oleh itu, jika kita mahukan sesuatu perkara itu, kita harus berusaha kearah itu agar tenaga yang dicurahkan itu cukup untuk memberikan keputusan yang kita mahukan.Kita juga harus turut sama mencurahkan tenaga positif kepada alam sekeliling agar tenaga positif jugalah yang akan diimbal balas. Sebagai contoh, sekiranya kita masuk ke pejabat dengan tenaga negatif dan bermuka masam, kita tidak boleh menjangkakan yang kita akan mendapat timbal balas yang positif dengan rakan-rakan kerja senyum kembali kepada kita. Namun sekiranya kita masuk wajah yang ceria dan penuh dengan bersemangat, maka kita boleh menjangkakan yang kita akan mendapat perkara-perkara positif setiap hari.
Konsep Tabung Energy
Tenaga bersifat abadi. Ia tidak boleh dimusnahkan. Namun ia boleh disimpan dalam Tabung energy. Kita haruslah mengumpul sebanyak mungkin tenaga positif untuk digunakan dimasa hadapan. Bekalan tenga positif ini yang akan membantu kita diwaktu kesusahan.Ini adalah kerana, kita belum tentu akan mendapat balasan baik daripada perbuatan kita itu dalam masa yang sama. Jika tabung energy kita mengandungi lebih banyak tenga positif, maka hidup kita akan lebih mudah.
Sumber tenaga yang paling utama adalah Allah S.W.T. Dia adalah sumber tenaga yang tak pernah kurang. Jika kita merasakan perlukan bantuan tenaga dan semangat, berdoalah maka Allah akan memberikanya. Tenaga Allah bersifat abadi dan kekal. Dengan mengikut suruhan Allah,(tidak semestinya solat dan mengaji), maka kita akan dapat mengumpul tenaga positif yang secukupnya.Jika diniatkan kerana Allah ,maka ganjaran bukan sahaja didunia malah diakhirat berlipat kali ganda.!
Sunday, 23 March 2014
Tuesday, 11 March 2014
Intaff Society UUM: Get To Know INTAFF.
Intaff Society UUM: Get To Know INTAFF.: When we make a short interview to the public, and ask them either they know about INTAFF or not, their answer much simple; "I don'...
Sunday, 22 December 2013
Kisah benar - Jangan melancong ke Bangkok, Thailand atau anda berisiko di...
Kisah benar daripada seorang pelancong Malaysia yang
melancong ke Thailand...
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ...satu
peringatan. I would like to relate to you all an incidence... quite recent,
i.e. about two weeks ago... After my daughter's wedding in early February, I
had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and
my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..
Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak
dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan
isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.
Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk
dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada
free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus
rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok
tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan
sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok
yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil
sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh
seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.
Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di
Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi
percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu
membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the
cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih
berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya
di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang
itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika
mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang
mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang
kenalan mereka di Bangkok.
Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India
telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum
dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen
(padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di
kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari
kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik
iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang
iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat,
beliau tidak boleh keluar lagi.
Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan
menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba
menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak
polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh
Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan
pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan
abang iparnya.
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik
ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.Beliau hanya ada RM11,000.
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan
pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai
tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka
dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang
terdiri dari matawang asing... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa
bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah
(pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah
disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the
RM11,000? Tak disebut pun...).
Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa
bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang
penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport
Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau
telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang
pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah
diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket
MAS yang ternyata lebih mahal.
Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau
mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada
tiket lagi dengan air asia...(nampaknya semua peringkat yang mengambil
kesempatan) Pihak imigresen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri
beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke
pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air
Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresen KL diminta mengiring my cousin ke
pejabat imigresen di Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa
kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita....tapi yang peliknya
kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun
menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya
memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu
yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak
mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.....
memang ini kisah benar.
Please be careful, ok?
sekadar memanjangkan
Subscribe to:
Posts (Atom)