Sunday, 20 April 2014

Prinsip Keabadian Tenaga dan Anda!


Tenaga bersifat abadi. Hukum fizik mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan.Ia hanya boleh berubah bentuk. Hukum fizik ini terpakai kepada seluruh alam semesta termasuklah manusia.
Contohnya: Tenaga matahari (cahaya, haba) –> Pokok (fotosintesis)- >lembu – (daging,lemak,karbohidrat) > manusia-> tugas-tugas harian
Manusia sebenarnya adalah satu bentuk tenaga. Untuk memahami hal ini kita perlu memahami kejadian manusia itu sendiri. Didalam setiap objek di alam semesta adalah terdiri daripada atom. Atom itu adalah energi. Ini adalah kerana menurut Albert Einstein E= MC2. Didalam badan manusia terdapat 7 x 1027 atom. Dan setiap atom ini akan bertindak mengikut hukum alam.
 Dalam erti kata lain, manusia itu hanyalah satu bentuk tenaga. Apabila kita mencurahkan tenaga positif kepada alam, maka kita akan mendapat kembali tenaga berkenaan didalam bentuk yang lain. Namun jika kita mencurahkan tenaga negatif kepada alam semesta,kita akan juga turut sama menerima tenaga negatif dalam bentuk yang lain.
Oleh itu, jika kita mahukan sesuatu perkara itu, kita harus berusaha kearah itu agar tenaga yang dicurahkan itu cukup untuk memberikan keputusan yang kita mahukan.Kita juga harus turut sama mencurahkan tenaga positif kepada alam sekeliling agar tenaga positif jugalah yang akan diimbal balas. Sebagai contoh, sekiranya kita masuk ke pejabat dengan tenaga negatif dan bermuka masam, kita tidak boleh menjangkakan yang kita akan mendapat timbal balas yang positif dengan rakan-rakan kerja senyum kembali kepada kita. Namun sekiranya kita masuk wajah yang ceria dan penuh dengan bersemangat, maka kita boleh menjangkakan yang kita akan mendapat perkara-perkara positif setiap hari.
Konsep Tabung Energy
Tenaga bersifat abadi. Ia tidak boleh dimusnahkan. Namun ia boleh disimpan dalam Tabung energy. Kita haruslah mengumpul  sebanyak mungkin tenaga positif untuk digunakan dimasa hadapan. Bekalan tenga positif ini yang akan membantu kita diwaktu kesusahan.Ini adalah kerana, kita belum tentu akan mendapat balasan baik daripada perbuatan kita itu dalam masa yang sama. Jika tabung energy kita mengandungi lebih banyak tenga positif, maka hidup kita akan lebih mudah.
Sumber tenaga yang paling utama adalah Allah S.W.T. Dia adalah sumber tenaga yang tak pernah kurang. Jika kita merasakan perlukan bantuan tenaga dan semangat, berdoalah maka Allah akan memberikanya. Tenaga Allah bersifat abadi dan kekal. Dengan mengikut suruhan Allah,(tidak semestinya solat dan mengaji), maka kita akan dapat mengumpul tenaga positif yang secukupnya.Jika diniatkan kerana Allah ,maka ganjaran bukan sahaja didunia malah diakhirat berlipat kali ganda.!

No comments:

Post a Comment