Wednesday, 20 November 2013

6 Tahun untuk Segulung Ijazah!

Jika dibandingkan dengan rakan-rakan, sya agak berusia untuk mendapatkan segulung ijazah. Banyak lompat sana sini dan nakal.Umur sekrang 26 tahun (2013) .Pada usia 25 tahun 6 bulan barulah mendapat Ijazah berbanding rakan-rakan yang lain sudahpun memulakan karier 2 tahun lebih awal. Gaji pun dah besar.Kadang-kala timbul sedikit penyesalan kerana terlalu lambat habis belajar."Kalaulah aku pilih jalan ini daripada dulu, mungkin aku sudah dalam perjalanan membuat PHD sekrang" bisik hatilah.Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.


2004

Ceritanya bermula tahun 2004 saya mendapat keputusan yang agak cemerlang didalam SPM.(7 A 2B 1C..bolehla kan..haha )  Mohon masuk ke UIA,maka ambillah jurusan kejuruteraan. Setelah setahun,rasa macam tak sedap.Bukan apa,sya pun tak tahu kenapa masa itu, mata cuma nampak duit saja.Nak kaya cepat,buat bisnes macam-macam.Kawan-kawan yang lain, belajar betul2 dapat 3.6-4.00 tukar kos ambil Medic.Awak pointer lepas 3.3 aje.Buat asignment pun ada yang hantar, ada yang tidak.so macam mana nak cemerlang. Bila tengok kawan tukar kos amik medic mulalah rasa cemburu.Hilang minat.lepas tu mohon ke Akademi Tentera Malaysia (ATMA) kini dinaiktaraf sebagai UPNM. Minat sangat sebab dapat gaji.(apalah dalam fikiran masa tu??)

 Jadi Askar

Pergi temuduga ATMA, kira cemerlang jugalah.Dapat ranking pertama.Masuk tentera darat.Seronoklah jadi askar kononya .Dijanjikan pangkat Kapten bila sudah habis belajar. Tapi setelah tiga tahun, ada berlaku pergolakan sikit dalam UPNM tu (sebenarnya besar jugaklah). Masa tu sya ni MPP lah.Jawatan Setiausaha Agung. So buatlah aduan mengenai masalah-masalah kepada atasan.Menteri2. Lepas tu rasa macam dah tak seronok jadi askar.Maklumlah bersengketa dengan Panglima tiga bintang. Dipendekkan cerita (malas nak cerita sebab benda dah lama) saya pun dipindahkan ke sebuah Universiti di utara tanah air. Bermulalah sebagai seorang freshie disini. (tahun 2009) bermula dengan semester 1. Tiada tranfer kredit langsung!

2009

Di UUM, sya masih aktif juga.Buat segala mcam aktiviti pelajar dan bertanding MPP. Masa tu bercita-cita nak pegang jawatan tertinggi jugalah.Tapi disini Allah bantu .Dia beri kesedaran dan jalan.Semester 3 saya bertanding tapi tewas.(guna tiket Pro A pun tewas). Saya redha masa tu.Tetapi disebalik kegagalan  itu,  berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam akademik.Masa semester 4 pointer  4.00 flat.lepas tu dah tak dapat dah. Dalam hati "Kalaulah aku menang mesti aku takkan dapat cemerlang seperti sekarang.|"

Akhirnya tahun 2013,Januari barulah habis belajar. Buat tesis, so tak ada praktikumlah.CGPA terakhir 3.87. tertinggi didalam course. Alhamdulilah, dapatlah kot anugerah sebutir dua 30 November ini.  Sekarang sedang dalam persediaan menyambung pengajian diluar negara. Insyallah sampai PHD.

Didalam perjalanan yang panjang ini, ada satu benda sahaja yang akan membantu kita akhirnya.Ia adalah ilmu.

Seperti kata bekas TNC disini,"Ilmu mengangkat manusia".  Jika kita hebat macam mana pun diluar, seglamour manapun, seaktivis manapun, selantang manapun, akhirnya perkara yang akan dinilai adalah sejauh mana dan setinggi mana ilmu seseorang itu.

Kepada adik-adik yang baru habis SPM,abang nak pesan ni , (abglah sebab dah tua kan,,,) pilihlah jalan yang baik-baik. Jika sudah pilih jalan itu,buat yang terbaik dan yang terbaik! Terutamanya didalam akademik.Target 4.00Flat. Tak perlu dengar orang kata, "ala..kalau 4.00flat, xdapat kerja tak guna juga".  Itu semua bohong belaka. Sekenal saya dengan kawan-kawan yang first class, (bukan nak cakap besar) , menderu-deru offer kerja.Kita aje yang kena pilih kerja mana kita nak. Berdoa pada Allah, sesugguhnya Dialah Maha memberi,



No comments:

Post a Comment