Wednesday, 11 April 2012

Amaran Tsunami Di Malaysia Amaran Tsunami 2012 Acheh Gempa Bumi

Amaran Tsunami Di Malaysia Amaran Tsunami 2012 Acheh Gempa Bumi

Acheh telah mengalami gempa bumi untuk kesekian kalinya. Dilaporkan bahawa di Semenanjung iaitu di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis turut merasai gegaran yang sama.Menurut Utusan Malaysia , Antara kawasan yang merasai gegaran kuat di negeri ini ialah Bukit Gedung, Relau, Tanjong Tokong, Batu Feringgi dan sekitar Persiaran Gurney.



Tinjauan di Persiaran Gurney mendapati orang ramai berpusu-pusu meninggalkan sebuah pusat membeli-belah berhadapan dengan laut sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk sepanjang satu kilometer.
Bernama juga turut melaporkan gegaran dirasai sekitar pukul 4.50 petang.  Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.
Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.
Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.
Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.
Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini.



Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.
 SUMBER : BERNAMA dan UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment