Tuesday, 10 April 2012

Analisa Belanjawan 2012: “Membela Rakyat” atau tidak?


 NOTE : This is my 4th Semester Individual Assignment for subject Malaysia Political Economy in UUM.
Analisa Belanjawan 2012: “Membela Rakyat” atau tidak?
1.0  Pendahuluan
Dalam mendefinisikan sama ada sesuatu belanjawan itu adalah “Belanjawan Rakyat” adalah agak sukar dan terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD ) mengariskan beberapa pendekatan di dalam menentukan pembahagian sumber samaada secara “bottom-up” atau “ top –bottom”.  Persoalan yang juga perlu difikirkan adalah, adakah belanjawan yang menurut keperluan rakyat itu (dalam kes ini boleh diklasifikan sebagai bottom-up) adalah  belanjawan yang baik dan memenuhi keperluan rakyat yang sebenar?   Menurut Petrei  di ambil daripada OECD ;
“A budget created from the bottom-up may leadto excessive spending and instability, if not carefully organized and subject to pre-established limits. By contrast, a highly centralized exercise introduces rigidities and loses the vision of those who are close to the service recipients (Petrei, 1998, p. 399).
Secara kasarnya,belanjawan rakyat yang mengutamakan rakyat dan menjadi penjamin masa depan rakyat ( Muhyidin Yaasin, Utusan 15 Oktober). Selain daripada itu juga menurut Prof.Madya datuk Mohd.Ali Hassan ,  Belanjawan Rakyat juga ditakrifkan sebagai belanjawan yang membuktikan bahawa belanjawan peka kepada keperluan rakyat iaitu ketika beliau mengulas langkah kerajaan memansuhkan yutran sekolah. (Utusan , 8 Ogos 2011). Namun menurut U.S House of Representative mengatakan bahawa “The People Budget are the budget that addresses problem by listening to the American people.” (U.S House Of Representatives Washington,DC 20515).  Oleh secara ringkasnya “Belanjawan Rakyat” bolehlah ditakrifkan sebagai belanjawan yang “mengutamakan rakyat, menjamin masa depan rakyat, dan memenuhi keperluan rakyat dengan mendengar daripada rakyat”.  Keperluan rakyat pula terdiri daripada pelbagai golongan dan kelas laipsan menuntut pengisian yang berbeza.
Belanjawan adalah dikategorikan didalam Dasar Fiskal Negara yang mempunyai beberapa jenis dasar perbelanjaan iaitu Penstabil Automatik,Cukai progresif,Cukai regresif dan Dasar fiscal budi bicara.
Belanjawan boleh dibahagikan kepada dua kategori umum iaitu belanjawan yang “tidak wajib” dan belanjawan “mandatory”. Belanjawan tidak wajib boleh diubah suai mengikut keperluan Negara seperti belanjawan pertahanan, pembinaan lebuhraya dan sebagainya. Walaubagaimanapun belanjawan “Mandatori” adalah sesuatu belanjawan yang sukar diketepikan dan mungkin adalah daripada komitment yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini. Sebagai contoh, pemberian pencen kepada pesara kerajaan dan subsidi minyak, Namun perbelanjaan Mandatori juga terbahagi kepada dua iaitu belanjawan untuk membayar faedah (interest) dariipada hutang kerajaan ( kebiasanya tidak diumumkan kepada semua)  dan juga “peruntukan wajib” (entitlement) dan menjadi beban kepada kerajaan seperti subsidi yang disebutkan sebentar tadi. (Michael G.Roskin pg.306-307) Entitlement ini sukar diubah kerana kebanyakan rakyat telah pun menganggap pemberian daripada kerajaan itu sesuatu yang wajib dan sekiranya ditarik balik akan member kesan kepada politik.Sebagai contoh yang paling ketara adalah mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam. Ramai yang akan melenting sekiranya kerajaan tidak memberikan bonus dan adalah satu “risiko besar’ kepada kerajaan untuk dihukum pada pilihanraya akan datang. Perbelanjaan didalam kategori entitlement inim juga boleh dikategorikan sebagai perbelanjaan mengurus.
Didalam membincangkan mengenai samaada belanjawan ini adalah Belanjawan Rakyar atau tidak, terdapat beberapa perkara yang menjadi pokok perbincangan 1) Apakah Keperluan Rakyat didalam Belanjawan 2012?  (2) Apakah akan terjadi sekiranya tidak memenuhi tuntutan rakyak? (3) Strategi Belanjawan 2012 (4) Analisa Belanjawan 2012 ;Siapa Mendapat Apa? (5) Kritikan terhadap Belanjawan 2012.

2.0 Apakah Keperluan Rakyat didalam Belanjawan 2012?
Belanjawan rakyat haruslah menepati syarat yang dimaksudkan iaitu memenuhu keperluan rakyat yang terbanyak. Selain daripada suara daripada pihak pembangkang dan ahli parlimen bebas yang lain, terdapat beberapa badan kerajaan dan NGO yang memainkan peranan penting didalam memberikan respon terhadap suara hati rakyat.Antara badan-badan yang dilihat konsisten mengenai Belanjawan 2012 adalah CUEPACS yang dipengerusikan oleh Dato Hj.Omar Hj.Osman, yang menuntut beberapa perkara antaranya;
1.         Meneliti semula skim gaji kakitangan sektor awam,menimbang semula pemberian bonus Dua bulan gaji,
2.         Langkah menyerap pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam atau melanjutkan tempoh kontrak mereka,
3.         Meluluskan had umur persaraan 60 tahun, meneliti peluang kenaikan pangkat dan gred dengan mengambil kira kelayakan akademik berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat , 4.     Penetapan gaji minimum ,
5.         Memohon Elaun Sara Hidup (Cola) dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan nilai seragam RM 300.
(sumber http: http://cuepacs.blogspot.com/)
Manakala Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut perkara yang serba sedikit sama iaitu meminta gaji minimum RM 1,500 dan menaikkan had umur persaraan pekerja swasta daripada 55 kepada 60.  Antara suara-suara daripada pembangkang daripada belanjawan bayangan Pakatan Rakyat dan Buku Jingga dan tuntutan daripada NGO adalah berkenaan isu ;
1.      PTPTN ditukarkan menjadi biasiswa,
2.      gaji minimum RM3,000 untuk lepasan ijazah,
3.      isu-isu perumahan,
4.      mengesa belanjawan berhemah,
5.       gaji minimum RM1,100,
6.      menghapuskan monopoli AP
7.       meningkatkan pengeluaran bahan makanan,
8.      menaikkan cukai baranan import mewah, menaikkan caruman minima KWSP daripada 12% kepada 15%,
9.       membaiki sistem pengangkutan awam,
10.  mengawal kos barang-barang kemudahan asas seperti elektrik, air ,telefon, tol , minyak ,makanan , perubatan dan pendidikan.
11.   Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
12.  Memudahkan pinjaman supaya mengelak daripada terjebak dengan Ah long,
13.  penjawat awam yang sudah berkahwin dimudahkan untuk berpindah mengikut pasangan mereka.
Daripada keseluruhan tuntutan yang dikutip daripada pelbagai sumber, terdapat beberapa perkara yang telah dimasukkan kedalam belanjawan 2012 dan beberapa perkara yang masih didalam peringkat perbincangan.

3 .0 Pengajaran Kerana tidak memenuhi “Keperluan Rakyat”.
Dalam menentukan keperluan rakyat bukan sesuatu yang enteng.Belanjawan Negara juga bergantung kepada corak politik ekenomi sesebuah negara berkenaan. Kini didalam era globalisasi, tiada satupun  negara didunia yang terus melepaskan tanggungjawab ekonominya kepada rakyat ataupun kepada pasaran bebas. Didalam demokrasi seperti Malaysia, setiap rakyat mahukan kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan ekonomi Negara akan kekal utuh ataupun bertambah maju,jika tidak, mereka akan dihukum didalam pilihanraya yang akan datang.
Biarpun di Malaysia belum pernah ada kerajaan yang bertukar tangan, namun faktor ekonomi dan belanjawan menjadi satu indikator terbesar samaada menentukan “parti apa akan mendapat berapa kerusi” didalam pilihanraya. Sebagai contoh yang pernah berlaku pada pilihanraya Mac tahun 2008, Kerajaan BN hilang 2/3 daripada kerusi parlimen dan rekod kekalahan paling teruk didalam sejarah politik Malaysia.
Ramai penganalisis memberikan faktor ekonomi sebagai punca kepada masalah ini iaitu masalah pembahagian sumber diantara Bumiputera ,cina dan india.( Analisis: Faktor ekonomi, masalah dalaman antara punca BN tumbang di Kedah Oleh Azmi Md Deros dan Johari Ibrahim ,Berita Harian 10 Mac 2008). Malah semasa tersebarnya berita kekalahan besar beberapa kerusi oleh BN didalam Parlimen, pasaran saham tidak menunjukkan satu tanda-tanda yang baik. Antara pasaran saham yang menunjukkan reaksi negatif dan dalam pemerhatian pada masa berkenaan adalah  Equine Capital, Gamuda, Kumpulan Peransang Selangor, MMC corp, Malaysian Resources Corp, UEM World/UEM Builders, Scomi Engineering/Scomi Group dan Tenaga Nasional Berhad.( The Star Online , Kathi Fong dan Loong Tse Min, 10 Mac 2008). Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang ironi berlaku pada tahun 2008 iaitu , biarpun ekonomi Negara dikatakan mantap dan berkembang pada kadar 5-6 % pada tahun berkenaan, namun sokongan terhadap BN tidak berkembang begitu mandat.Daripada keadaan itu ada juga penganalisa seolah olah tidak menjangkakan rakyat akan menolak kepimpinan Pak Lah pada tahun 2008. Seperti yang ditulis oleh Wong Sulong bertajuk “ Strong Economy is Pak Lah’s trump card”. Manakala perbandingan Indikator Kunci Ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa tahun 2007 mencatat pertumbuhan dari segi KDNK dan lebih banyak lagi angka-angka positif yang membawa kepada indikator kebejatan ekonomi. (The Star, 5 Februari 2008)





            Dalam pada itu, oleh kerana keyakinan Pak lah pada ketika itu, beliau tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan yang sudah pun menjadi tradisi. Seperti yang dituntut oleh CUEPACS yang amat mengharapkan pada Budget 2009,kerajaan akan memberikan bonus pada penghujung tahun 2008. ( “CUEPACS harap ada Bonus “ , Utusan Malaysia , 22 Ogos 2008 ).
Walaubagaimanapun, hanya kekecewaan yang dihadapi oleh 1.3 juta kakitangan dan isi rumah.  Sebab yang dikemukan oleh Paklah belanjawan tidak memasukkan bonus adalah kerana  kerajaan telahpun menaikkan elaun COLA dan juga kenaikan gaji daripada 4% sehingga 47% maka ia sudah cukup menunjukkan bahawa kerajaan menghargai sumbangan kakitangan awam. (Perkara 120,belanjawan 2008).  Manakala insentif –insentif yang diberikan adalah tidak memuaskan hati rakyat dan  menghampakan Menurut Husain Mohd Yasin , timbalan presiden CUEPACS Malaysia (New Straits Times, 30 Ogos 2008). Oleh itu rentetan daripada ketidakpuasan daripada belanjawan ini boleh digambarkan didalam trend pilihanraya pada 2008 dan segala kesilapan digunakan oleh parti lawan untuk mengurangkan majority Barisan Nasional.Satu” hukuman” kerana tidak mematuhi “Belanjawan Rakyat”.


4.0 Strategi Belanjawan 2012 Bagi Memenuhi Keperluan Rakyat
Kerajaan pentadbiran Najib sedar akan kelembapan ekonomi Negara yang kian meruncing. Semenjak pentadbiran bertukar tampuk, fokus Negara terarah kepada masalah ekonomi dan usaha-usaha digembleng bagi menyelesaikan masalah ini melalui rancangan-rancangan Model Eknomi Baru, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan & NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, dan yang terbaru adalah Program Transformasi politik.  Melalui Majlis Penasihat Ekonomi Negara terdapat beberapa isu-isu kritikal yang dibangkitkan didalam laporan Model Ekonomi Baru untuk Malaysia. Secara ringkasnya kerajaan sedar bahawa Negara telah ditinggalkan oleh Negara-negara yang seusia dengan Malaysia daripada aspek Pendapatan Negara Kasar yang bertumbuh secara perlahan dan agak mendatar selepas krisis kewangan Asia.Selain itu juga antara kesedaran yang penting disebut didalam ekonomi baru adalah mengenai modal insane dan kurangnya inovasi didalam masyarakat malaysia yang turut sama menyumbang kepada kelembapan ekonomi. (Model Ekonomi Baru, Majlis Penasihat Ekonomi Negara ,ms.10).
Pendapatan Negara Kasar PNK per Kapita (1990- 2008 ;ribu AS ) diambil daripada MEB,Majlis Penasihat ekonomi Negara


 Selain itu juga didalam buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan rakyat juga banyak menggariskan kelemahan-kelemahan kerajaan dengan menghuraikan secara statistik. Antara fakta yang agak menggusarkan adalah mengenai  defisit belanjawan Negara yang 12 tahun berturut –turut dan juga selama tempoh 10 tahun Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. (Buku Jingga ms.5). Dalam mennghadapi cabaran ekonomi yang meruncing Najib mengorak lima strategi yang secara ringkasnya seperti berikut;
1.      Meligat pelaburan
Antara langkah meligat pelaburan adalah liberasasi subsector perkhidmatan seperti perkidmatan kesihatan,pergigian,kejuruteraan, perakaunanm perundangan ,perkhidmatan kurier dan lain-lain lagi yang kesemuanya sebanyak 17 sektor. Selain itu didalam Rolling Plan kedua terdapat projek-projek seperti ,Projek Landasan Kereta api berkembar Gemas- Johor Bahru, Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor –Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai barat Banting – Taiping, dan sebagainya.
Selain itu juga Najib menekankan kepada merancakkan industry perbankan ,kewangan dan Pasaran modal dengan mengecualikan cukai tertentu selain membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLFD).  Selain itu juga langkah mempergiat Pasaran Modal dan kewangan Islam melalui potongan cukai juga turut dimasukkan.  Tambahan lagi FELDA akan disenaraikan sebagai Global Ventures Holdings yang bertujuan memastikan FELDA menjadi sebuah syarikat Konglomerat Global.
Tambahan lagi didalam usaha meligat pelaburan, kerajaan turut menumpukan kepada mempergiat industry kecil dan sederhana (PKS) dan member insentif pemotongan cukai kepada Francais tempatan.Manakala Sektor pelancongan juga menjadi fokus didalam meligat pelaburan dengan peruntukan 420 juta bagi menaiktaraf industri pelancongan seperti di Langkawi. Skim Kadar Cukai Keuntunfan Hartanah (RPGT) turut diarahkan supaya dikaji semula kerana terdapat spekulasi daripada Pemodal/kapitaslis yang menghimpit golongan kelas rendah memiliki tanah.

2.      Mengunguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti, mencetus inovasi,
Melalui Gerakan Inovasi nasional,Najib mengfokuskan kepada penyelidikan yang bernilai komersial. Tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional yang memperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit.dana sebanyak 500 juta ringgit kepada PKS bagi memulakan produk-produk baru.Selain itu kerajaa turut menjalankan beberapa program seperti Anugerah Cipta  1Malaysia, Market Validation Fund bagi memastikan daya maju produk sebanyak 30 juta ringgit, menawarkan harta intelek univesiti kepada swasta dan Menganjurkan World Inovation Forum dan Asia Bussiness Angel Forum 2012.
            Selain itu Insentif keapada Perkhidmatan Reka bentuk perindustrian serta peruntukan kepada Sekolah-sekolah bagi pembangunan pendidikan tidak dilupakan. Bagi meyelenggara sekolah 1 billion diberi kepada pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Kebangsaanm Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan MRSM. Namun malangnya Sekolah Agama Rakyat Masih terus dipinggirkan oleh kerajaan tanpa sebarang pembelaan.
Sekolah swasta juga diberikan insentif dari segi pengecualian cukai dan turut sama mendapat penjimatan.Bagi menggalakkan sektor swasta membangunkan modal insan, belanjawan 2012 turut sama memberikan insentif kepada syarikat-syarikat yang memberikan biasiswa, program-program internship dan potongan cukai juga bagi menyertai pameran Kerjaya di luar Negara.
3.      Program transformasi luar Bandar
Melalui program ini Najib menjanjikan pembangunan secara menyeluruh antaranya penubuhn pusat Transformasi luar Bandar atau RTC, sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian ,insuran,nasihat perniagaan dan pelbagai lagi urusan penting yang dibina di Wakaf Che Yeh, Gopeng, dan empat lagi ni Kedah, Sabah , Sarawak dan Johor. Terdapat juga sejumlah besar peruntukan membangukan infrasturktur asas iaitu sebanyak 5 billion ringgit dan semuanya diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Felda terpilih. Selain itu juga perkhidmatan perbankan BSN , perkhidmatan Bas diluar Bandar dan Pembangunan Kebajikan orang Asli sebnyak 20 juta ringgit bagi membina rumah baru juga diperuntukkan.
4.      Memperkejap Perkhidmatan Awam
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA diperkenalkan bagi mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Terdapat beberapa langkah menarik didalam skim gaji perkhidmatan awam dan struktur gai telah dibaiki melalui SBPA. Antaranya adalah sebgai contoh guru mampu mendapat kenaikan pangkat bukan lagi mengikut kekosongan tetapi mengikut time based dan gaji telah disemak dan kenaikan gaji ditingkatkan antara 80 sehingga 320.  Selain itu juga pesara mendapat kenaikan 2% tanpa perlu semakan atau pelarasan gaji.Antara langkah yang agak kontroversi adalah menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 – 60 tahun.
Perkara yang mengembirakan bekas kakiangan Kontrak JASA dan KEMAS dengan pembayaran one-off sebanyak tiga ribu ringgit yang kakiranganya seramai 4,300. Seperti biasa peruntukan kepada Polis bagi menaiktaraf dan membangunkan PDRM dan Pembangunan Ketenteraan dibawah Army Care. Adalah beruntung pada pada belanjawan kali ini tiada sebarang peruntukan bagi membela asset ketenteraan dan pertahanan. Bekas-bekas anggota tentera juga mendapat hadiah one-off sebanyak 3 ribu ringgit sebagai tanda mengenang jasa atau dalam bahasa lain, “gula-gula”.
5.      Meredakan Inflasi Dan Mengimarah Kehidupan Rakyat.
Kerajaan sedang berusaha meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dan Industri Agro dengan melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011 melalui beberapa projek utama antaranya adalah Projek Pertanian Terengganu Utara, Projek Pengairan Sabah dan lain-lain lagi.
Meneruskan konsep Negara berkebajikan dengan meneruskan subsidi beras, gula, minyak masak, tepung gandum dengan jumlah 2.3 billion bagi makanan.Manakala subsisidi petroleum dan minyak masak pula terus diberikan dengan jumlah 17 bilion yang tutur sama meliputi subsidi bil elektrik. Kesemua subsidi ini berjumlah 33.2 bilion atas semangat rakyat didahulukan.
Selain itu juga program kebajikan turut diteruskan kepada golongan Orang Kelainan Upaya dan mereka menerima bantuan setiap bulan 300 bagi dewasa,100 kanak-kanak.
Kedai rakyat 1Malaysia juga turut ingin diperbanyakkan dan kerajaan akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh Negara, Trasnsformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menur Rakyat 1Malaysia.
Skim Rumah Pertamaku telah dinaikkan pinjaman maksimum sebanyak 400 ribu dan menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia, PR1MA untuk membangunkan rumah bagi golongan berpendapatan sederhana dengan memilih lokasi strategi yang berdekatan dengan MRT,LRT atau pengangkutan awam untuk dimajukan PR1MA. Kerajaan turut membiayai projek rumah terbengkalai dan membuka peluang kepada golongan Ekspatriate menggunakan caruman KWSP membeli rumah.Tidak dilupakan kepada golongan nelayan bagi memiliki rumah dengan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan.
Bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Najib membawa konsep 1Malaysia dengan membuka 50 klinik 1Malaysia dan menambah baik 81 klinik yang sedia ada. Selain itu juga Hospital Kuala Lumpur akan dinaik taraf menjadi hospital Primer Negara . Selain itu pegawai perubatan turut menggunakan jadual kerja baru yang lebih flexible dengan penambahan elaun 600 dan elaiaun on call 30 -80 ringgit mulai 1 September 2011.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia membolehkan golongan pendapata dibawah 3000 untuk melabur dan mendapat faedah pinjaman sehingga 5 ribu dengan tempoh bayaran 5 tahun.Bagi usahawan Bumiputera, Unit Peneraju Agenda Bumiputera TERAJU diwujudkan bagi mamacu periniagaan bumiputera sedia ada manakala Kementerian Kemajuan Luar Bandar diperuntukkan 200 juta bagi melaksanakan program usahawan di luar Bandar.
Pemilik teksi persendirian diberikan pengecualian cukai duti eksais 100 keatas pembelian teksi baru dan pelbagai lagi bantuan dan subsidi yang semuanya berjumlah 7,560 ringgit. Selain itu juga Yayasan Bantuan Guman Kebangsaan diwujudkan bagi memberikan khidmat bantuan guaman percuma bagi mereka yang dituduh .Nasib golongan gelendangan juga dibela dengan menubukan Anjung Singgah yang menyediakan pelbagai khidmat seperti kanuseling, bantuan pekerjaan dan perkhidmatan ini akan diperluaskan di Johor, Pulau Pinan dan Sarawak.

Wanita juga diberi tempat dengan mensyaratkan supaya sebuah syarikat swasta memberi peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangya 30% didalam sektor korporat. Malah melui TEKUN pula kerajaan memberikan 300 juta ringgit bagi usahawan mikro khas kepada wanita Bumiputera, Cina dan India.
Dari aspek kesihatan wanita, suntikan imunisasi barah pangkal rahim diberikan kepada semua murid perempuan yang memasuki tingkatan satu.Malah sebuah Hospital Khas untuk wanita akan dibina dengan kerjasama kerajaan dan swasta dengan kos 700 juta ringgit.
Golongan belia pula mendapat perhatian dengan peruntukan 320 juta bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti. 200 juta ringgit bagi menubuhkan syarikat teroka milik kerjaan bernama MyCreative Venturre Capital dengan dana 200 juta dan 200 juta lagi untuk Program Strategik untuk Belia 1Malaysia yang akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, IKM dan MARA.
Antara langkah penting yang dilaksanakan kerajaan adalah dalam usaha memartabatkan Sukan Negara , langkah menghargai jasa Warga emas,Skim Persaraan Swasta yang memberikan pengecualian cukai pendapatan, dan menintkatkan caruman KWSP kepada 13%.
Dari segi projek pembagunan kerajaan mengadakan program Khas Kemdudahan Awam Desa dan Rancangan Tebatan banjir di Perlis, Perak, dan Johor dengan kos 1 Billion.
Selain itu terdapat juga beberapa hadiah kepada isi rumah pndapatan dibawah 3000 sebanyak 500,bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak 100 ringgit. Pelajar IPTA dan tingkatan enam juga turut mendapat bantuan sebanyak 200 ringgit bagi pembelian buku  dalam bentuk baucer. Antara yang paling menarik adalah pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan 500 ringgit kepada pesara. Dan yang terakhir adalah mengenai mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli parlimen yang menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

5.0 Analisis Peruntukan Belanjawan 2012 mengikut kaum.
Menurut jabatan Perangkaan Malaysia, maklumat yang dikeluarkan pada tahun 2010 merekodkan rakyat Malaysia terdiri daripada 28.3 juta orang yang terdiri daripada 14.4 juta lelaki dan 13.9 juta perempuan ( http;//www.statistic.gov.my). Dari segi pandangan Marxist pula didalam sebuah Negara, perbezaan yang ada dikalangan masyarakat bukanlah etnik,namun dari aspek jurang ekonomi.Fenomena kelas juga tidak terkecuali di Malaysia yang mana terdapat jurang ekonomi bukan sahaja intetnik tetapi juga intraetnik itu sendiri. Ks Jomo dan Edmund Terence Gomez juga mendakwa bahawa dalam masyarakat majmuk Malaysia bukan sahaja dikenali dengan perbezaan warna kulit, tetapi jurang ekonomi. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan didalam mengubah corak ekonomi berasaskan identiti kaum tidak berhasil dan adakala orang-orang Melayu sendiri tidak dapat merasai bantuan berkenaan.(E.T Gomez & Jomo K.S (1999) ms.5).
Didalam belanjawan 2012, kerajaan dilihat lebih berhati –hati didalam memberikan peruntukan dan insentif dan manfaat kepada semua golongan mengikut kaum. Jadual Analisa Belanjawan 2012 mengikut Kaum menunjukkan bahawa daripad aspek peruntukan belanjawan, Bukan Bumiputera hanya mendapat 17 kurang daripada Bumiputera. Manakalah Bumiputra mendapat kurang 3 perkara daripada belanjawan. Daripada analisa kasar yang dibuat, kerajaan berjaya memperuntukkan bantuan kepada semua golongan masyarakat di negara ini dengan mengutamakan kelebihan kepada kaum Bumiputera didalam cara yang tersirat dan tidak mengundang sebarang kontroversi. Selain itu juga kerajaan berjaya mengambarkan Belanjawan 2012 adalah benar-benar berkonsepkan 1Malaysia kerana terdapat banyak usaha-usaha yang dilakukan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Rancangan perumahan 1Malaysia benar-benar menunjukkan bahawa bantuan yang diberikan bukan lagi menurut identity kaum.
Dalam masa yang sama, Belanjawan 2012 biarpun member keutamaan kepada konsep satu Malaysia, namun peruntukan khas kepada golongan bumiputera tidak sekali dilupakan. Antara perkara-perkara yang menjadi perhatian oleh Kerajaan terhadap etnik Bumiputra  didalam Belanjawan 2012 adalah mengenai keusahawanan didalam bidang Industri Kecil sederhana, Pinjaman pinjaman khas melalui tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia, kemudahan-kemudahan asas seperti air dan kemudahan awam yang lain. Pekerja sektor awam di Malaysia terdiri daripada 1.3 juta daripada jumlah rakyat Malaysia. Sedia maklum bahawa majoriti daripada pekerja sektor awam adalah bumiputera. Secara tidak langsung, segala bantuan dan faedah dan keistimewaan yang diberikan kepada pekerja sektor awam adalah kepada bumiputera . Antara faedah faedah yang diterima adalah bonus setengah bulan dan bantuan RM500 minima kepada pesara tentera.Tamabahan daripada itu perkerja-pekerja daripada KEMAS dan JASA juga akan mendapat Onec-Off sebanyak RM3000. Selain daripada itu, satu lagi bantuan yang disalurkan kepada golongan secara tidak langsung merujuk kepada bumiputera adala golongan Nelayan. Melalui bantuan ini nelayan diberikan kemudahan untuk mendapatkan bantuan bagi membaik pulih rumah dengan pengagihan sebanyak RM300 juta diseluruh Negara. Strategi bantuan “tersirat” ini dilihat berjaya memberikan senyuman kepada masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera di Negara ini.
Dalam aspek politik pula, Presiden MCA sendiri, Dato Seri Dr.Chua Soi Lek yang selama ini lantang mengkiritik dasar kerajaan yang dikatakan berat sebelah setuju dengan Belanjawan 2012. Beliau mengatakan bahawa belanjawan 2012 adalah belanjawan mengutamakan rakyat apabila mengekalkan subsidi terhadap barangan pengguna dan harga minyak semuanya berjumlah RM 32.2 billion. (Utusan Malaysia, 29 Oktober 2011).
 Selain daripada itu juga, kritikan daripada pihak pembangkang daripada aspek pembahagian mengikut kaum yang sudah lama menjadi tradisi tidak berdendang pada belanjawan kali ini. Daripada respon awal yang diterbitkan di laman portal Malaysia Today  bagi belanjawan 2012 bertajuk “Najib” budget inferior to Pakatan dan komen yang diberikan adalah berkisar kepada KDNK, isu tenaga kerja dan lain-lain. (Malaysia Today, 18 Oktober 2011). Tiada satupun yang sedikit menyentuh mengenai pembahagian peruntukan terhadap bumiputera atau ketidakpuasan terhadap pambahagian insentif. Daripada fenomena ini terdapat beberapa kesimpulan awal yang mungkin benar didalam corak politik masyarakat Malaysia, yang pertama adalah, Konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Dato Seri Najib telah berjaya diterima oleh rakyat Malaysia, Yang kedua;Rakyat Malaysia sudah mula “menerima” seadanya masayarakat majmuk di Negara ini dan bukan lagi bertoleransi;yang ketiga ;parti parti politik di Malaysia lebih matang didalam membahaskan isu belanjawan 2012.
4.0 Kritikan Terhadap Belanjawan 2012.
Sebagai tidak mengulangi kesilapan kesilapan yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak sekali-kali akan melupakan jasa kakitangan awam yang telah banyak berkorban demi memastikan kelangsungan pentadbiran negara dengan memasukkan bonus sebulan gaji kepada setiap kakitangan (separauh semasa hari raya, dan separuh lagi pada disember) serta memberikan bayaran minimum RM500 kepada pesara kerajaan.
Namun ada juga beberapa pihak tertentu mengkritik belanjawan 2012 sebagai “gula-gula”  Namun keperluan rakyat sebenarnya adalah lebih daripada mendapatkan ganjaran di hujung tahun,atau lebih tepat lagi ganjaran apabila dekat dengan pilihanraya. Dalam satu temubual Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi yang dirakam oleh Tvpas.com, mengatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan didalam belanjawan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri,pertama dari peruntukan dari aspek kerohanian. Memandangkan bahawa masyarakat kini sangat mudah terjebak kepada gejala sosial, media yang semakin menjadi-jadi, adalah benar menurut dakwaan beliau, tidak ada satupun peruntukan yang menunjukkan usaha untuk mengurangkan gejala ini. Yang kedua beliau bercakap mengenai aspek ketirisan dari segi pelaksanaan dan penyampaian peruntukan tersebut terhadap rakyat yang seringkali tersangkut ditengah-tengah.Ini adalah kerana sebahagian daripada peruntukan sampai ke Ketua Cawangan kawasan tertentu dan bukan badan yang bertauliah.Selain itu juga antara perkara penting yang diucapkan oleh beliau adalah proses “meng -anak tiri- kan” Kelantan dari aspek pembangunan. Seperti projek lebuhraya dan sebagainya yang dilihat hanya berkisar kepada negeri tertentu dan Barisan Nasional dikatakan mengamal “politik Balas Dendam”. (http;//www.tvpas.com).Perkara yang sama turut diulas oleh Prof.Dr.Amir Baharudin  mengenai pelaksanaan belanjawan yang perlu dititikberatkan.”Bukan isi yang menjadi ukuran tetapi aspek pelaksanaan selepas pembentangan adalah lebih penting:. (Utusan Malaysia , 5 Oktober 2011). Namun jawapan spontan daripada perdana menteri daripada aspek pelaksanaan adalah  Perdana “"Kalau tak ada duit takkan saya berani bentangkan semalam? Saya akan melakukan satu perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya bentang bajet yang tak boleh dilaksanakan,"(Utusan Malaysia, 9 Oktober 2011). 


Dalam mempertimbangkan samaada Belanjawan 2012 itu adalah keperluan rakyat,kemahuan rakyat perlulah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Sebagai contoh didalam aspek pembangunan setiap negeri bukan Kelantan sahaja yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan belanjawan. Pekara yang sama juga turut diulas oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee yang mendakwa bahawa Kerajaan tidak memperuntukan sejumlah wang bagi mengantikan projek arang batu yang dibatalkan bagi membina janakuasa baru bagi penduduk Lahad Datu.Selain itu juga, Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga pernah berjanji tahun lalu bahawa kerajaan akan menaik taraf lapangan terbang Sandakan namun ia terbukti satu janji kosong. (Yong Teck Lee dalam Malaysia Today, 8 Oktober 2011).


Penutup
Belanjawan rakyat 2012 dapat ditakrifkan sebagai belanjawan yang memenuhi hampir kesemua tuntutan rakyat jika diambil kira daripada tuntutan NGO dan organisasi yang tertentu. Maka penulis menyimpulkan Belanjawan 2012 adalah belanjawan rakyat. Namun persoalan yang perlu di fikirkan adalah, adakah dengan memenuhi keperluan dan tuntuan rakyat ia adalah belanjawan yang baik? Belanjawan 2012 adalah belanjawan yang komprehensif dalam membantu merancakkan pembangunan ekonomi Negara selaras dengan Model Ekonomi baru yang mensasarkan kepada langkah memastikan rakyat dapat menikmati faedah sebagai “Negara Berpendapatan Tinggi”. Selain daripada itu , dalam masa yang sama,belanjawan kali ini memberikan satu faedah politik kepada pentadbiran Najib dengan pelbagai hadiah-hadiah daripada kerajaan kepada rakyat demi menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Dasar Once Off yang diperkenalkan Najib bijak didalam mengurangkan entitlement supaya ia tidak menjadi beban kepada belanjawan kerajaan di masa akan datang. Namun mahu atau tidak didalam memastikan hutang Negara dapat dikurangkan dan mengelak daripada deficit yang berlaku secara konsisten sejak 12 tahun yang lalu, satu langkah konkrit samaada merasionalisasikan subsidi ataupun mencari satu alternative baru didalam menambahkan pendapatan Negara agar subsidi dapat diteruskan.






Galeri












Gambar 1 Najib menunjukkan Draf belanjawan 2012 yang bertanda “RAHSIA BESAR”.







Gambar 3 Ketua Pemuda PAS , Nasruddin Hasan Tantawi yang mengkritik Belanjawan 2012 kerana tidak ada peruntukan yang melibatkan Kerohanian .Sumber : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_P5eqP3lXkSJuiLzHd5maxYLIleg7pTiAPZjYD7jww_U_pIewjNoEKkeuL3P20uSYVp7V_McD1A1mKJdX5ZmVO5zZPOZSVWGfxBCGcLVyIOGSGdavCjJX-e0yEDEf01rShBvSSvFmJEbD/s1600/nasrudin.jpg




Gambar 4 Presiden CUEPACS, Dato' Hj. Omar Osman Mengemukakan 5 tuntutan dalam Belanjawan 2012.




Rujukan
Fauzie Jasmani (2011)  Belanjawan 2012, Sejauh mana Kepentingan Rakyat Diutamakan ? Kehidupan 1Malaysia 5 october 2011 Retrived on 10 November 2011 on http;//eiz1004.upprofits.com

Buku Jingga, Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia daripada Pakatan Rakyat 2011
Mohd Najib Tun Razak (2011). Ucapan Bajet Tahun 2012.

Anwar Ibrahim (2011) Ucapan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
Yong Teck Lee dalam Malaysia Today,”Budget 2012 Nothing For Sabah” 8 Oktober 2011. Retrived on 10 November 2011.

Kita mampu Laksanakan Belanjawan 2012 – Najib 8 Oktober 2011.Utusan Malaysia .Retrived on 10 October 2011.

Imbangi Kebajikan Ekonomi ,Utusan Online 9 October 2011.Retrived on 10 November 2011.

Nurul Anuar Kari, Pantau Pelaksanaan 2012  Utusan Malaysia 05 October 2011.Retrived on 10 November 2011.

Khairuddin Mohd Zain ,Rencana Tumpu Mekanisme Pelaksanaan,08 October 2011, Retrived on 10 November 2011.

Stephanie STA Maria “Najib Budget Inferiors To Pakatan’s” in Malaysia Today, 18 Oktober 2011. Retrived on 10 November 2011

Wong Su long “ Strong Economy is Paklah’s Trumpo Card”. 15 February 2008 Retrieved on 18 October 2008.

Petrei (1998) The Budget Preparation Process.

Muhyidin Yaasin “Belanjawan 2012 Jaminan Masa Depan Rakyat’, Utusan 15 Oktober 2011.Retrived on 10 November 2011.

Analisis: Faktor ekonomi, masalah dalaman antara punca BN tumbang di Kedah Oleh Azmi Md Deros dan Johari Ibrahim ,Berita Harian 10 Mac 2008. Retrived on 10 November 2011.

The People Budget’s Conggresional Caucus U.S House Of Representatives Washington,DC 20515

E.T Gomez & Jomo K.S (1999) Malaysia Poltical Economy, Politics,Patronage and Profits Green Giant Press.Singapore.



Kathi Fong dan Loong Tse Min,Market To React Reaction Outcome  The Star Online 10 Mac 2008.

“CUEPACS harap ada Bonus “ , Utusan Malaysia , 22 Ogos 2008 . Retrived from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/get Article.do?id=116488&t  on 18 October 2011

“CUEPACS harap ada Bonus “ , Utusan Malaysia , 22 Ogos 2008  Retrived on 18 October 2011.

Aurora, “Theres is Nothing for Sabah “Yong Teck Lee dalam Malaysia Today, 8 Oktober 2011).

Ucapan Spontan Ketua Pemuda PAS Belanjawan 2012 .(http;//www.tvpas.com).Retrived On 18 October 2011.

Civil Servant unhappy with the Budget, New Straits Times 30/08/2008 Retrived on 18 October 2011.

“Kita Mampu Laksanakan Bajet 2012 –Najib” ,Utusan Online 8 November 2011 Retrived on 18 November 2011.

Model Ekonomi Baru Untuk Malaysia Bahagian 1, Ringkasan Eksekutif,Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Putrajaya. Retrived From www.neac.gov.my on 18 November 2011.

No comments:

Post a Comment