Ucapan Dato Seri Najib Tun Razak pada Sidang PBB baru-baru ini mengajak umat islam bersatu menentang extremisme dikalangan umat Islam adalah bertepatan dengan fenomena Islam kini. Kita seolah-olah diserang oleh musuh didalam selimut. Hakikat negara Islam berpecah-belah ,dan menganggap keganasan dan peperangan adalah jihad yang sebenar.Ramai juga yang menganggap Malaysia yang aman adalah boneka kepada Amerika Syarikat. Kononya kita hanya mampu makmur sekiranya kita menjadi rakan baik Amerika Syarikat.Sesetengah menganggap Malaysia tidak cukup Islam. Jika Malaysia terlibat didalam kancah peperangan, barulah kita dianggap sebahagian daripada mereka. Tak kurang juga yang ingin Malaysia menghantar tentera bagi membantu peperangan di Syria dan Libya. Inilah kepompong minda yang melanda umat Islam.Islam itu adalah perang.
Dalam sesetengah masyarakat Islam sendiri, mereka yang pergi berperang dan mati syahid sahajalah dianggap sebagai Jihad yang sebenar.Mereka lupa bahawa konsep Jihad juga meliputi pelbagai aspek termasuklah kemajuan ekonomi dan kemakmuran. Tidak keterlaluan untuk mengatakan pada hari ini tiada apa pun yang boleh dibanggakan dikalangan negara-negara Islam sendiri melainkan perang dan perang. Jika kita perhatikan media antarabangsa CNN,BBC dan Al-Jazeera, Negara islam menjadi tajuk utama laporan namun hampir semuanya mengenai keganasan ,huru hara dan kemusnahan. Bagi Negara-negara Islam pula , cara untuk menjadi “rakan sebenar” mereka adalah menyertai peperangan seperti mereka.
Selain daripada itu, didalam sesetengah ceramah agama di negara kita sendiri,ustaz dan tuan guru selalu memuji-muji mereka yang berjuang di Palestin ataupun dimana-mana sehingga mati Syahid. Dalam masa yang sama merendahkan umat Islam di Malaysia yang takut mati dan tidak mahu untuk berjuang dan mati melawan keganasan. Adakah mereka lupa bahawa umat Islam yang menuntut ilmu mencapai kemajuan dan berusaha untuk memantapkan ekonomi juga adalah Jihad? Jika mereka mati semasa menuntut ilmu itu juga adalah dianggap sebagai syahid. Namun tiada sesiapapun ingin mengiktiraf golongan ini.Inilah dilema umat Islam bukan sahaja di dunia, malah di Malaysia.Oleh itu, tidak perlu salahkan negara barat untuk menganggap Islam sebagai pengganas kerana didalam mentaliti umat Islam itu sendiri yang mengagungkan keganasan dalam jiwa mereka dan jelas terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.
No comments:
Post a Comment