Tiada yang istimewa dilaporkan media barat mengenai Malaysia dan negara negara Islam. CNN, BBC, Reuters dan API sekalipun hanya gemar mengambil berita-berita yang melibatkan konflik dan perpecahan didalam negara negara Islam.Amat jarang terdengar berita memuji atau melaporkan elemen yang positif didalam negara Islam seolah-oleh tiada perkara positif langsung yang kita lakukan.
Malah lebih malang lagi, orang-orang kita lebih suka melihat berita barat sebagai sumber dan sekiranya individu atau event itu mendapat coverage mereka, ia adalah satu penghormatan.Akibatnya hanya event atau individu yang negatif dan sealiran dengan mereka sahaja yang akan mendapat ruang di arena antarabangsa.
Mereka memilih-milih berita berita yang mereka mahu dan kelebihan ada pada parti pembangkang dinegara ini. Pemimpin pembangkang yang suka memburuk-burukkan negara sendiri menjadi "best speaker" mereka. Di akhirnya persepsi rakyat terhadap kerajaan menjadi lebih buruk. Pembohongan yang dinyatakan berkali-kali akan menjadi benar.Akibatnya, saya yakin persepsi rasuah Malaysia yang agak teruk dilaporkan oleh Transparency International sehingga meletakkan Malaysia sama level dengan Vietnam, Indonesia dan China juga adalah sumbangan daripada tokoh-tokoh "berkaliber" ini.
No comments:
Post a Comment