Wednesday, 2 October 2013

Manusia Hanyalah "a Form of Energy".!




Ada juga yang bertanya “kenapa perlu kerja lebih? Gaji sama saja”. Atau ramai yang mungkin merungut. “Kenapa aku perlu tolong kawan aku? Nanti kalau dia lebih dari aku macam mana?” pada pendapat saya, perkara-perkara beginilah yang sebenarnya membataskan kejayaan individu berkenaan. Jika kita pakar atau tahu dalam sesuatu perkara, kongsikan kepada dunia! Yakin dan percayalah anda akan mendapat balasan yang baik dimasa hadapan walau bagaimanapun anda tak mahu dibalas atas kebaikan itu. Namun jika anda melakukan perkara buruk, anda tetap akan dibalas buruk didunia jugak, walaubagimanapun anda bertaubat! Kenapa? Ini adalah prinsip alam. Prinsip Keabadian Tenaga.

Tenaga bersifat abadi. Hukum fizik mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan.Ia hanya boleh berubah bentuk. Hukum fizik ini terpakai kepada seluruh alam semesta termasuklah manusia. 

Contohnya: Tenaga matahari (cahaya, haba) –> Pokok (fotosintesis)- >lembu – (daging,lemak,karbohidrat) > manusia-> tugas-tugas harian
Manusia sebenarnya adalah satu bentuk tenaga. Untuk memahami hal ini kita perlu memahami kejadian manusia itu sendiri. Didalam setiap objek di alam semesta adalah terdiri daripada atom. Atom itu adalah energi. Ini adalah kerana menurut Albert Einstein E= MC^2. Didalam badan manusia terdapat 7 x 10^27 atom. Dan setiap atom ini akan bertindak mengikut hukum alam.

 Dalam erti kata lain, manusia itu hanyalah satu bentuk tenaga. Apabila kita mencurahkan tenaga positif kepada alam, maka kita akan mendapat kembali tenaga berkenaan didalam bentuk yang lain. Namun jika kita mencurahkan tenaga negative kepada alam semesta,kita akan juga turut sama menerima tenaga negative dalam bentuk yang lain.

Oleh itu, jika kita mahukan sesuatu perkara itu, kita harus berusaha kearah itu agar tenaga yang dicurahkan itu cukup untuk memberikan keputusan yang kita mahukan.Kita juga harus turut sama mencurahkan tenaga positif kepada alam sekeliling agar tenaga positif jugalah yang akan diimbal balas. Sebagai contoh, sekiranya kita masuk ke pejabat dengan tenaga negative dan bermuka masam, kita tidak boleh menjangkakan yang kita akan mendapat timbal balas yang positif. Namun sekiranya kita masuk didalam wajah yang ceria dan penuh dengan semangat yang positif, maka kita boleh menjangkakan yang kita akan mendapat perkara-perkara positif setiap hari.

Tenaga bersifat abadi. Ia tidak boleh dimusnahkan. Namun ia boleh disimpan dalam Tabung energy. Kita haruslah mengumpul  sebanyak mungkin tenaga positif untuk digunakan dimasa hadapan. Bekalan tenga positif ini yang akan membantu kita diwaktu kesusahan.Ini adalah kerana kita belum tentu akan mendapat balasan baik daripada perbuatan kita itu dalam masa yang sama. Jika tabung energi kita mengandungi lebih banyak tenga positif, maka hidup kita akan lebih mudah.

Sumber tenaga yang paling utama adalah Allah S.W.T. Dia adalah sumber tenaga yang tak pernah kurang. Jika kita merasakan perlukan bantuan tenaga dan semangat, berdoalah maka Allah akan memberikanya. Tenaga Allah bersifat abadi dan kekal. Dengan mengikut suruhan Allah,(tidak semestinya solat dan mengaji), maka kita akan dapat mengumpul tenaga positif yang secukupnya.Jika diniatkan kerana Allah ,maka ganjaran bukan sahaja didunia malah diakhirat berlipat kali ganda. Selamat Beramal!

No comments:

Post a Comment