Esok saya akan menyampaikan ceramah mengapai impian kepada student Kolej Alpha.Namun tefikir-fikir apakah perkara terbaik yang dapat saya kongsikan bersama mereka.Jadi saya gunakan medan blog ini sebagai persediaan untuk ceramah esok.
Pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai penetapan matlamat. Mungkin ada yang rasa matlamat ini sudah cliche dan ramai sudah sebut. Tapi saya ingin sebut penetapan matlamat cara saya sendiri. Ada sesetengah orang menetap matlamat dengan melekatkan poster, ada sesetengah letak di desktop. Ada meletakkan matlamat di dalam dompet. Saya kira itu boleh dikatakan bagus. Tapi ada yang tiada matlamat langsung. Pergi ke kelas cuma harap jam berdetik dan habis. tiada matlamat.Tiada sasaran.Amatlah rugi mereka yang tergolong didalam golongan ini.
Matlamat yang hebat dan kuat adalah matlamat yang setiap kali kita sebut matlamat itu, maka berderau darah kita. Setiap kali kita sebut perkara itu terasa adrenalin mengalir, jantung berdegup kencang, rasa berpeluh,dan tidak senang duduk.Matalmat yang hebat adalah kita terasa misi dan visi kita amat jelas, kaki dan tangan kita sentiasa bergerak kearah itu,Bila anda ada matlamat sekuat ini, jangan risau kemana jasad anda akan membawa anda. Kemana kaki anda akan melangkah.Matlamat anda telah diresapi oleh minda separa sedar dan ia berkerja untuk anda.Minda anda berkerja untuk anda.
Namun sekarang, bagaimana nak menetapkan matlamat sekuat itu? bagaimana nak mencapai tahap matlamat setinggi itu yang semangatnya tidak akan pudar?
Ini cara saya. Saya tidak mengharapkan poster semata-mata. Saya akan melakonkan kejayaan saya dan menjiwai kejayaan yang saya inginkan seolah-olah saya sudah pun memilikinya. Saya menjiwai matalamat saya seolah-olah kejayaan itu telah ada ditangan saya. Sebagai contoh,matlamat saya untuk setiap semester adalah untuk mendapatkan 4.00 pada setiap semester. Pada setiap semester, saya akan mengedit slip keputusan saya untuk subjek semasa saya dan meletakkan sebagai A. Saya katakan pada diri saya dan percaya pada diri saya, ini adalah keputusan saya pada semester ini. Matlamat yang saya tetapkan bukanlah main-main. Saya memastikan bila menyebut 4.00 darah saya akan berderau.sebut sahaja, hati tak senang duduk.sebut sahaja otak saya ligat mencari jalan untuk mencapai matlamat itu. Maka disitulah anda tahu yang anda telah mencapai tahap tertinggi! Oleh itu jangan risau kemana jasad anda akan melangkah.Apa yang anda perlu buat adalah ikut sahaja.
No comments:
Post a Comment