Masa merupakan aset yang paling berharga didalam kehidupan. Masa dimiliki oleh semua orang dalam jumlah yang sama.Setiap manusia Allah telah memberikan peluang sebanyak 24 Jam sehari didalam kehidupan.Namun didalam tempoh yang sama inilah kita melihat setiap individu itu mempunyai output yang berbeza daripada setiap individu yang lain. Saya selalu terfikir didalam masa setahun lagi,siapa saya dimasa akan datang.Kadangkala, World Cup yang akan menjadi ukuran.Apa bila saya melihat suasana keriuhan World Cup itu, saya teringat siapa saya 4 tahun yang lalu. Kini juga saya masih tertanya pada World Cup yang akan datang, lebih kurang 2 tahun lagi,siapa saya. masih hidupkah?
Setiap individu mempunyai orientasi yang berbeza. Samaada kita perasan atau tidak, kadangkala pensyarah memberikan tugasan dan kita berjaya menyiapkanya dalam masa beberapa jam sahaja.Malah hasilnya juga amat memberangsangkan. Tapi kadangkala tugasan yang sama diberikan oleh pensyarah, namun berminggu-minggu belum siap pun lagi. Ini berkaitan dengan orientasi masa yang kita gunakan.Ada juga sesetengah mengaitkan fenomena ini dengan teori relativiti.
Kita lihat lagi satu kes.Cuba perhatikan, diwaktu peperiksaan kita boleh fokus dengan begitu hebat sekali.Peperiksaan kadangkala mengambil masa selama 2 jam 30 minit.Kita berjaya duduk,fikir ,tulis dan menganalisa dalam masa yang berkenaan.Malah, bukan itu sahaja,setelah tulis pun kita mampu semak dan baca berulang-ulang kali jawapan yang kita sendiri tuliskan. Tapi yang menghairankan, apabila diluar bilik peperiksaan, kita kurang mampu untuk fokus pada tahap itu.Kita mudah terganggu. Baru duduk di meja belajar sekejap, sudah rasa yang tidak kena. Minit yang pertama rasa haus.Minit yang kedua hendak ke tandas. Minit yang ketiga baca satu perenggan.Minit seterusnya sudah bosan terus keluar makan. Akhirnya masa kita hilang begitu sahaja.
Pomodoro teknik yang saya pernah ceritakan dalam entry sebelum ini menekankan bagaimana kita meletakkan diri kita didlam situasi perang @ fighting mode. Apabila berbunyi sahaja jam berkenaan, maka kita akan memastikan yang tubuh badan kita bersedia menerima apa sahaja gangguan.Tahan diri daripada menerima ransangan yang negatif.Cuba untuk fokus dan pandang ke dapan.Anggaplah kita sedang berada didalam medan gusti dan jika kita toleh kebelakang, maka kita akan tewas dan kalah.
Orientasi sebegini memberikan mesej yang jelas kepada minda SM kita supaya tidak mudah leka dan terus fokus. Kita akan dapat merasa bahawa minda separa sedar kita SM kita berkerja untuk kita jika kita berasa seolah-olah tidak berasa penat atau masa berlalu dengan begitu cepat. Kita juga akan merasakan sangat seronok berkerja dan merasai bahawa masa yang diberikan terlalu singkat dan kita memerlukan lebih banyak masa. Jika kita mampu tersenyum selepas berbunyi loceng pomodoro, maka pada masa itulah kita boleh mengiktiraf masa sebagai kawan kita.
No comments:
Post a Comment