Sepanjang pengalaman saya berceramh dan komen-komen daripada pakar-pakar motivasi, ramai diantara pelajar pelajar kita termasuklah yang berada di Universiti, belum benar-benar memahami fungsi otak kiri dan otak kanan. Rata-rata pelajar-pelajar kita tahu mengenai wujudnya kedua-dua bahagian otak ini namun tidak menghayati dengan tepat fungsi dan kekuatan sebenar anugerah Allah yang paling bernilai ini.
Secara umumnya Otak kanan adalah otak kreatif.Otak yang berfikir perkara-perkara sastera, melibatkan warna-warna,sesuatu yang indah. Otak kanan juga mentafsir sesuatu secara luar biasa dan tidak terbatas dengan logik dan perkiraan.Tiada limitasi bagi capaian otak kanan.
Manakala otak kiri pula bahagian yang berfungsi untuk menilai perkara-perkara logik, perkiraan matematik, rasional. Sesuatu itu ditafsir berlandas perkiraan yang diterima oleh hukum fizik dan alam semesta.
Apabila kita membaca tulisan rumi,kita sebenarnya menggunakan otak kiri. Otak kiri menghubungkan huruf-huruf menjadi bunyi dan sukukata bunyi itu akan menjadi perkataan. Perkataan itu akan ditafsir oleh otak kanan untuk dimengertikan maksud dari bunyi tadi. Jadi untuk seseorang itu membaca, sebenarnya proses itu melibatkan kedua-dua belah otak,namun diakhir proses itu, seringkali kita tidak dapat meletakkan peranan otak kanan yang lebih besar iaitu dengan mengimaginasikan perkara berkenaaan.
Dari segi pemerhatian saya, salah satu kelebihan orang cina berbanding pelajar melayu adalah dari segi tulisan mereka. Karektor karektor cina sebenarnya didalam bentuk piktogram (gambar) dan bukan gabungan huruf-huruf. Begitu juga dengan tulisan jepun iaitu Hiragana dan Kanji. Secara sedar atau tidak, apabila mereka menulis sesuatu didalam tulisan mereka, secara automatik mereka telah menggunakan otak kiri dan otak kanan secara serentak.
sebagai contoh perkataan dibawah :
Jika membaca secara tulisan rumi,kita mengabungkan tiga atau empat huruf.tetapi didalam bahasa jepun ia hanyalah satu simbol yang mengambarkan sesuatu maksud.Contoh lain juga boleh dilihat dibawah
Person+Tree = Rest. Makananya jika gambar pokok dan orang digabungkan bermaksud , orang sedang berehat dibawah pokok. Apabila kita memahami simbol ini secara automatik otak kiri dan otak kanan kita akan berkerja secara serentak. Maka dengan itu mudahlah untuk kita mengingati dan memahami sesuatu perkara berbanding membaca sesuatu didalam tulisan rumi.Pada pendapat saya ini adalah punca utama mengapa mjoriti dikalangan pelajar melayu kita pada harini yakin dan percaya bahawa mereka hanyalah sekadar pelajar biasa dan sederhana. Secara semulajadinya mereka menggunakan sebelah sahaja bahagian otak didalam belajar,dan mengulangkaji pelajaran. Manakala otak kanan hanya digunakan ketika sedang bermain atau berhibur. Sebab itulah kadangkala kita melihat pelajar-pelajar kita lebih berinovatif dalam hal-hal yang berkaitan bukan pelajaran.Namun jika membabitkan pelajaran didalam kelas, mereka kurang keyakinan diri dan menjadi lembab.
No comments:
Post a Comment