NOTE : This is my 4th Semester Individual Assignment for subject Malaysia Political Economy in UUM.
Analisa Belanjawan
2012: “Membela Rakyat” atau tidak?
1.0
Pendahuluan
Dalam
mendefinisikan sama ada sesuatu belanjawan itu adalah “Belanjawan Rakyat”
adalah agak sukar dan terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Menurut
Organisation for Economic Co-operation
and Development (OECD ) mengariskan beberapa pendekatan di dalam menentukan
pembahagian sumber samaada secara “bottom-up”
atau “ top –bottom”. Persoalan yang juga perlu difikirkan adalah,
adakah belanjawan yang menurut keperluan rakyat itu (dalam kes ini boleh
diklasifikan sebagai bottom-up)
adalah belanjawan yang baik dan memenuhi
keperluan rakyat yang sebenar? Menurut
Petrei di ambil daripada OECD ;
“A budget created from
the bottom-up may leadto excessive spending and instability, if not carefully
organized and subject to pre-established limits. By contrast, a highly
centralized exercise introduces rigidities and
loses the vision of those who are close
to the service recipients (Petrei, 1998, p. 399).
Secara
kasarnya,belanjawan rakyat yang mengutamakan rakyat dan menjadi penjamin masa
depan rakyat ( Muhyidin Yaasin, Utusan 15 Oktober). Selain daripada itu juga
menurut Prof.Madya datuk Mohd.Ali Hassan , Belanjawan Rakyat juga ditakrifkan sebagai
belanjawan yang membuktikan bahawa belanjawan peka kepada keperluan rakyat
iaitu ketika beliau mengulas langkah kerajaan memansuhkan yutran sekolah.
(Utusan , 8 Ogos 2011). Namun menurut U.S
House of Representative mengatakan bahawa “The People Budget are the budget that addresses problem by listening
to the American people.” (U.S House Of Representatives Washington,DC 20515). Oleh secara ringkasnya “Belanjawan Rakyat”
bolehlah ditakrifkan sebagai belanjawan yang “mengutamakan rakyat, menjamin masa depan rakyat, dan memenuhi keperluan
rakyat dengan mendengar daripada rakyat”. Keperluan rakyat pula terdiri daripada
pelbagai golongan dan kelas laipsan menuntut pengisian yang berbeza.
Belanjawan adalah dikategorikan didalam Dasar Fiskal
Negara yang mempunyai beberapa jenis dasar perbelanjaan iaitu Penstabil
Automatik,Cukai progresif,Cukai regresif dan Dasar fiscal budi bicara.
Belanjawan boleh dibahagikan kepada dua kategori
umum iaitu belanjawan yang “tidak wajib” dan belanjawan “mandatory”. Belanjawan
tidak wajib boleh diubah suai mengikut keperluan Negara seperti belanjawan
pertahanan, pembinaan lebuhraya dan sebagainya. Walaubagaimanapun belanjawan
“Mandatori” adalah sesuatu belanjawan yang sukar diketepikan dan mungkin adalah
daripada komitment yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini. Sebagai
contoh, pemberian pencen kepada pesara kerajaan dan subsidi minyak, Namun
perbelanjaan Mandatori juga terbahagi kepada dua iaitu belanjawan untuk
membayar faedah (interest) dariipada
hutang kerajaan ( kebiasanya tidak diumumkan kepada semua) dan juga “peruntukan wajib” (entitlement) dan
menjadi beban kepada kerajaan seperti subsidi yang disebutkan sebentar tadi.
(Michael G.Roskin pg.306-307) Entitlement
ini sukar diubah kerana kebanyakan rakyat telah pun menganggap pemberian
daripada kerajaan itu sesuatu yang wajib dan sekiranya ditarik balik akan
member kesan kepada politik.Sebagai contoh yang paling ketara adalah mengenai
pemberian bonus kepada penjawat awam. Ramai yang akan melenting sekiranya
kerajaan tidak memberikan bonus dan adalah satu “risiko besar’ kepada kerajaan
untuk dihukum pada pilihanraya akan datang. Perbelanjaan didalam kategori
entitlement inim juga boleh dikategorikan sebagai perbelanjaan mengurus.
Didalam membincangkan mengenai samaada belanjawan
ini adalah Belanjawan Rakyar atau tidak, terdapat beberapa perkara yang menjadi
pokok perbincangan 1) Apakah Keperluan Rakyat didalam Belanjawan 2012? (2) Apakah akan terjadi sekiranya tidak
memenuhi tuntutan rakyak? (3) Strategi Belanjawan 2012 (4) Analisa Belanjawan
2012 ;Siapa Mendapat Apa? (5) Kritikan terhadap Belanjawan 2012.
2.0 Apakah Keperluan
Rakyat didalam Belanjawan 2012?
Belanjawan
rakyat haruslah menepati syarat yang dimaksudkan iaitu memenuhu keperluan
rakyat yang terbanyak. Selain daripada suara daripada pihak pembangkang dan
ahli parlimen bebas yang lain, terdapat beberapa badan kerajaan dan NGO yang
memainkan peranan penting didalam memberikan respon terhadap suara hati
rakyat.Antara badan-badan yang dilihat konsisten mengenai Belanjawan 2012
adalah CUEPACS yang dipengerusikan oleh Dato Hj.Omar Hj.Osman, yang menuntut
beberapa perkara antaranya;
1. Meneliti semula skim gaji kakitangan
sektor awam,menimbang semula pemberian bonus Dua bulan gaji,
2. Langkah menyerap pekerja kontrak dalam
perkhidmatan awam atau melanjutkan tempoh kontrak mereka,
3. Meluluskan had umur persaraan 60 tahun,
meneliti peluang kenaikan pangkat dan gred dengan mengambil kira kelayakan
akademik berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat , 4. Penetapan gaji minimum ,
5. Memohon Elaun Sara Hidup (Cola)
dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan
nilai seragam RM 300.
(sumber
http: http://cuepacs.blogspot.com/)
Manakala Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
menuntut perkara yang serba sedikit sama iaitu meminta gaji minimum RM 1,500
dan menaikkan had umur persaraan pekerja swasta daripada 55 kepada 60. Antara suara-suara daripada pembangkang
daripada belanjawan bayangan Pakatan Rakyat dan Buku Jingga dan tuntutan
daripada NGO adalah berkenaan isu ;
1. PTPTN
ditukarkan menjadi biasiswa,
2. gaji
minimum RM3,000 untuk lepasan ijazah,
3. isu-isu
perumahan,
4. mengesa
belanjawan berhemah,
5. gaji minimum RM1,100,
6. menghapuskan
monopoli AP
7. meningkatkan pengeluaran bahan makanan,
8. menaikkan
cukai baranan import mewah, menaikkan caruman minima KWSP daripada 12% kepada
15%,
9. membaiki sistem pengangkutan awam,
10. mengawal
kos barang-barang kemudahan asas seperti elektrik, air ,telefon, tol , minyak
,makanan , perubatan dan pendidikan.
11. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
12. Memudahkan
pinjaman supaya mengelak daripada terjebak dengan Ah long,
13. penjawat
awam yang sudah berkahwin dimudahkan untuk berpindah mengikut pasangan mereka.
Daripada keseluruhan tuntutan yang dikutip daripada
pelbagai sumber, terdapat beberapa perkara yang telah dimasukkan kedalam
belanjawan 2012 dan beberapa perkara yang masih didalam peringkat perbincangan.
3 .0 Pengajaran Kerana tidak memenuhi “Keperluan
Rakyat”.
Dalam
menentukan keperluan rakyat bukan sesuatu yang enteng.Belanjawan Negara juga
bergantung kepada corak politik ekenomi sesebuah negara berkenaan. Kini didalam
era globalisasi, tiada satupun negara
didunia yang terus melepaskan tanggungjawab ekonominya kepada rakyat ataupun
kepada pasaran bebas. Didalam demokrasi seperti Malaysia, setiap rakyat mahukan
kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan ekonomi Negara akan kekal utuh ataupun
bertambah maju,jika tidak, mereka akan dihukum didalam pilihanraya yang akan
datang.
Biarpun
di Malaysia belum pernah ada kerajaan yang bertukar tangan, namun faktor
ekonomi dan belanjawan menjadi satu indikator terbesar samaada menentukan
“parti apa akan mendapat berapa kerusi” didalam pilihanraya. Sebagai contoh
yang pernah berlaku pada pilihanraya Mac tahun 2008, Kerajaan BN hilang 2/3
daripada kerusi parlimen dan rekod kekalahan paling teruk didalam sejarah
politik Malaysia.
Ramai
penganalisis memberikan faktor ekonomi sebagai punca kepada masalah ini iaitu
masalah pembahagian sumber diantara Bumiputera ,cina dan india.( Analisis: Faktor ekonomi, masalah
dalaman antara punca BN tumbang di Kedah Oleh Azmi Md Deros dan Johari Ibrahim
,Berita Harian 10 Mac 2008). Malah semasa tersebarnya berita kekalahan besar
beberapa kerusi oleh BN didalam Parlimen, pasaran saham tidak menunjukkan satu
tanda-tanda yang baik. Antara pasaran saham yang menunjukkan reaksi negatif dan
dalam pemerhatian pada masa berkenaan adalah
Equine Capital, Gamuda,
Kumpulan Peransang Selangor, MMC corp, Malaysian
Resources Corp, UEM World/UEM
Builders, Scomi Engineering/Scomi
Group dan Tenaga Nasional Berhad.( The
Star Online , Kathi Fong dan Loong Tse Min, 10 Mac 2008). Walaubagaimanapun,
ada sesuatu yang ironi berlaku pada tahun 2008 iaitu , biarpun ekonomi Negara
dikatakan mantap dan berkembang pada kadar 5-6 % pada tahun berkenaan, namun
sokongan terhadap BN tidak berkembang begitu mandat.Daripada keadaan itu ada
juga penganalisa seolah olah tidak menjangkakan rakyat akan menolak kepimpinan
Pak Lah pada tahun 2008. Seperti yang ditulis oleh Wong Sulong bertajuk “
Strong Economy is Pak Lah’s trump card”.
Manakala perbandingan Indikator Kunci Ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa tahun
2007 mencatat pertumbuhan dari segi KDNK dan lebih banyak lagi angka-angka
positif yang membawa kepada indikator kebejatan ekonomi. (The Star, 5 Februari 2008)
Dalam pada itu, oleh kerana
keyakinan Pak lah pada ketika itu, beliau tidak memberikan bonus kepada
kakitangan awam yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan yang
sudah pun menjadi tradisi. Seperti yang dituntut oleh CUEPACS yang amat mengharapkan
pada Budget 2009,kerajaan akan memberikan bonus pada penghujung tahun 2008. (
“CUEPACS harap ada Bonus “ , Utusan Malaysia , 22 Ogos 2008 ).
Walaubagaimanapun,
hanya kekecewaan yang dihadapi oleh 1.3 juta kakitangan dan isi rumah. Sebab yang dikemukan oleh Paklah belanjawan
tidak memasukkan bonus adalah kerana kerajaan
telahpun menaikkan elaun COLA dan juga kenaikan gaji daripada 4% sehingga 47%
maka ia sudah cukup menunjukkan bahawa kerajaan menghargai sumbangan kakitangan
awam. (Perkara 120,belanjawan 2008). Manakala insentif –insentif yang diberikan
adalah tidak memuaskan hati rakyat dan
menghampakan Menurut Husain Mohd Yasin , timbalan presiden CUEPACS
Malaysia (New Straits Times, 30 Ogos 2008). Oleh itu rentetan daripada
ketidakpuasan daripada belanjawan ini boleh digambarkan didalam trend
pilihanraya pada 2008 dan segala kesilapan digunakan oleh parti lawan untuk
mengurangkan majority Barisan Nasional.Satu” hukuman” kerana tidak mematuhi
“Belanjawan Rakyat”.
4.0 Strategi Belanjawan
2012 Bagi Memenuhi Keperluan Rakyat
Kerajaan
pentadbiran Najib sedar akan kelembapan ekonomi Negara yang kian meruncing.
Semenjak pentadbiran bertukar tampuk, fokus Negara terarah kepada masalah
ekonomi dan usaha-usaha digembleng bagi menyelesaikan masalah ini melalui
rancangan-rancangan Model Eknomi Baru, Program Transformasi Kerajaan (GTP)
dengan & NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, dan yang
terbaru adalah Program Transformasi politik.
Melalui Majlis Penasihat Ekonomi Negara terdapat beberapa isu-isu
kritikal yang dibangkitkan didalam laporan Model Ekonomi Baru untuk Malaysia.
Secara ringkasnya kerajaan sedar bahawa Negara telah ditinggalkan oleh
Negara-negara yang seusia dengan Malaysia daripada aspek Pendapatan Negara
Kasar yang bertumbuh secara perlahan dan agak mendatar selepas krisis kewangan
Asia.Selain itu juga antara kesedaran yang penting disebut didalam ekonomi baru
adalah mengenai modal insane dan kurangnya inovasi didalam masyarakat malaysia
yang turut sama menyumbang kepada kelembapan ekonomi. (Model Ekonomi Baru,
Majlis Penasihat Ekonomi Negara ,ms.10).
Pendapatan
Negara Kasar PNK per Kapita (1990- 2008 ;ribu AS ) diambil daripada MEB,Majlis
Penasihat ekonomi Negara
Selain itu juga didalam buku Jingga yang
dikeluarkan oleh Pakatan rakyat juga banyak menggariskan kelemahan-kelemahan
kerajaan dengan menghuraikan secara statistik. Antara fakta yang agak
menggusarkan adalah mengenai defisit
belanjawan Negara yang 12 tahun berturut –turut dan juga selama tempoh 10 tahun
Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. (Buku Jingga ms.5). Dalam
mennghadapi cabaran ekonomi yang meruncing Najib mengorak lima strategi yang
secara ringkasnya seperti berikut;
1.
Meligat
pelaburan
Antara langkah meligat pelaburan adalah liberasasi
subsector perkhidmatan seperti perkidmatan kesihatan,pergigian,kejuruteraan,
perakaunanm perundangan ,perkhidmatan kurier dan lain-lain lagi yang kesemuanya
sebanyak 17 sektor. Selain itu didalam Rolling Plan kedua terdapat
projek-projek seperti ,Projek Landasan Kereta api berkembar Gemas- Johor Bahru,
Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor –Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai barat
Banting – Taiping, dan sebagainya.
Selain itu juga Najib menekankan kepada merancakkan
industry perbankan ,kewangan dan Pasaran modal dengan mengecualikan cukai
tertentu selain membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLFD). Selain itu juga langkah
mempergiat Pasaran Modal dan kewangan Islam melalui potongan cukai juga turut
dimasukkan. Tambahan lagi FELDA akan
disenaraikan sebagai Global Ventures Holdings yang bertujuan memastikan FELDA
menjadi sebuah syarikat Konglomerat Global.
Tambahan lagi didalam usaha meligat pelaburan,
kerajaan turut menumpukan kepada mempergiat industry kecil dan sederhana (PKS)
dan member insentif pemotongan cukai kepada Francais tempatan.Manakala Sektor
pelancongan juga menjadi fokus didalam meligat pelaburan dengan peruntukan 420
juta bagi menaiktaraf industri pelancongan seperti di Langkawi. Skim Kadar
Cukai Keuntunfan Hartanah (RPGT) turut diarahkan supaya dikaji semula kerana
terdapat spekulasi daripada Pemodal/kapitaslis yang menghimpit golongan kelas
rendah memiliki tanah.
2.
Mengunguli
Modal Insan, Mencerna Kreativiti, mencetus inovasi,
Melalui
Gerakan Inovasi nasional,Najib mengfokuskan kepada penyelidikan yang bernilai
komersial. Tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional yang
memperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit.dana sebanyak 500 juta ringgit kepada
PKS bagi memulakan produk-produk baru.Selain itu kerajaa turut menjalankan
beberapa program seperti Anugerah Cipta
1Malaysia, Market Validation Fund bagi memastikan daya maju produk
sebanyak 30 juta ringgit, menawarkan harta intelek univesiti kepada swasta dan
Menganjurkan World Inovation Forum dan Asia Bussiness Angel Forum 2012.
Selain itu Insentif keapada
Perkhidmatan Reka bentuk perindustrian serta peruntukan kepada Sekolah-sekolah
bagi pembangunan pendidikan tidak dilupakan. Bagi meyelenggara sekolah 1
billion diberi kepada pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Kebangsaanm
Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah
Mubaligh,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan MRSM. Namun malangnya Sekolah Agama
Rakyat Masih terus dipinggirkan oleh kerajaan tanpa sebarang pembelaan.
Sekolah swasta juga diberikan insentif dari segi
pengecualian cukai dan turut sama mendapat penjimatan.Bagi menggalakkan sektor
swasta membangunkan modal insan, belanjawan 2012 turut sama memberikan insentif
kepada syarikat-syarikat yang memberikan biasiswa, program-program internship
dan potongan cukai juga bagi menyertai pameran Kerjaya di luar Negara.
3.
Program
transformasi luar Bandar
Melalui program ini Najib
menjanjikan pembangunan secara menyeluruh antaranya penubuhn pusat Transformasi
luar Bandar atau RTC, sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian
,insuran,nasihat perniagaan dan pelbagai lagi urusan penting yang dibina di
Wakaf Che Yeh, Gopeng, dan empat lagi ni Kedah, Sabah , Sarawak dan Johor.
Terdapat juga sejumlah besar peruntukan membangukan infrasturktur asas iaitu
sebanyak 5 billion ringgit dan semuanya diberikan kepada Sabah, Sarawak dan
Felda terpilih. Selain itu juga perkhidmatan perbankan BSN , perkhidmatan Bas
diluar Bandar dan Pembangunan Kebajikan orang Asli sebnyak 20 juta ringgit bagi
membina rumah baru juga diperuntukkan.
4.
Memperkejap
Perkhidmatan Awam
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan
Awam atau SBPA diperkenalkan bagi mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Terdapat beberapa langkah menarik didalam skim gaji perkhidmatan awam dan
struktur gai telah dibaiki melalui SBPA. Antaranya adalah sebgai contoh guru
mampu mendapat kenaikan pangkat bukan lagi mengikut kekosongan tetapi mengikut
time based dan gaji telah disemak dan kenaikan gaji ditingkatkan antara 80
sehingga 320. Selain itu juga pesara
mendapat kenaikan 2% tanpa perlu semakan atau pelarasan gaji.Antara langkah
yang agak kontroversi adalah menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 – 60
tahun.
Perkara yang mengembirakan bekas
kakiangan Kontrak JASA dan KEMAS dengan pembayaran one-off sebanyak tiga ribu
ringgit yang kakiranganya seramai 4,300. Seperti biasa peruntukan kepada Polis
bagi menaiktaraf dan membangunkan PDRM dan Pembangunan Ketenteraan dibawah Army
Care. Adalah beruntung pada pada belanjawan kali ini tiada sebarang peruntukan
bagi membela asset ketenteraan dan pertahanan. Bekas-bekas anggota tentera juga
mendapat hadiah one-off sebanyak 3 ribu ringgit sebagai tanda mengenang jasa
atau dalam bahasa lain, “gula-gula”.
5.
Meredakan
Inflasi Dan Mengimarah Kehidupan Rakyat.
Kerajaan
sedang berusaha meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dan Industri Agro
dengan melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011 melalui beberapa projek utama
antaranya adalah Projek Pertanian Terengganu Utara, Projek Pengairan Sabah dan
lain-lain lagi.
Meneruskan konsep Negara berkebajikan dengan
meneruskan subsidi beras, gula, minyak masak, tepung gandum dengan jumlah 2.3
billion bagi makanan.Manakala subsisidi petroleum dan minyak masak pula terus
diberikan dengan jumlah 17 bilion yang tutur sama meliputi subsidi bil
elektrik. Kesemua subsidi ini berjumlah 33.2 bilion atas semangat rakyat
didahulukan.
Selain
itu juga program kebajikan turut diteruskan kepada golongan Orang Kelainan
Upaya dan mereka menerima bantuan setiap bulan 300 bagi dewasa,100 kanak-kanak.
Kedai
rakyat 1Malaysia juga turut ingin diperbanyakkan dan kerajaan akan membuka 30
unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh Negara, Trasnsformasi Kedai Runcit (TUKAR)
dan Menur Rakyat 1Malaysia.
Skim
Rumah Pertamaku telah dinaikkan pinjaman maksimum sebanyak 400 ribu dan
menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia, PR1MA untuk membangunkan rumah bagi golongan
berpendapatan sederhana dengan memilih lokasi strategi yang berdekatan dengan
MRT,LRT atau pengangkutan awam untuk dimajukan PR1MA. Kerajaan turut membiayai
projek rumah terbengkalai dan membuka peluang kepada golongan Ekspatriate
menggunakan caruman KWSP membeli rumah.Tidak dilupakan kepada golongan nelayan
bagi memiliki rumah dengan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan.
Bagi
meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Najib membawa konsep 1Malaysia dengan
membuka 50 klinik 1Malaysia dan menambah baik 81 klinik yang sedia ada. Selain
itu juga Hospital Kuala Lumpur akan dinaik taraf menjadi hospital Primer Negara
. Selain itu pegawai perubatan turut menggunakan jadual kerja baru yang lebih
flexible dengan penambahan elaun 600 dan elaiaun on call 30 -80 ringgit mulai 1
September 2011.
Skim
Amanah Rakyat 1Malaysia membolehkan golongan pendapata dibawah 3000 untuk
melabur dan mendapat faedah pinjaman sehingga 5 ribu dengan tempoh bayaran 5
tahun.Bagi usahawan Bumiputera, Unit Peneraju Agenda Bumiputera TERAJU
diwujudkan bagi mamacu periniagaan bumiputera sedia ada manakala Kementerian
Kemajuan Luar Bandar diperuntukkan 200 juta bagi melaksanakan program usahawan
di luar Bandar.
Pemilik
teksi persendirian diberikan pengecualian cukai duti eksais 100 keatas
pembelian teksi baru dan pelbagai lagi bantuan dan subsidi yang semuanya
berjumlah 7,560 ringgit. Selain itu juga Yayasan Bantuan Guman Kebangsaan
diwujudkan bagi memberikan khidmat bantuan guaman percuma bagi mereka yang
dituduh .Nasib golongan gelendangan juga dibela dengan menubukan Anjung Singgah
yang menyediakan pelbagai khidmat seperti kanuseling, bantuan pekerjaan dan
perkhidmatan ini akan diperluaskan di Johor, Pulau Pinan dan Sarawak.
Wanita
juga diberi tempat dengan mensyaratkan supaya sebuah syarikat swasta memberi
peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangya 30% didalam sektor korporat. Malah
melui TEKUN pula kerajaan memberikan 300 juta ringgit bagi usahawan mikro khas
kepada wanita Bumiputera, Cina dan India.
Dari
aspek kesihatan wanita, suntikan imunisasi barah pangkal rahim diberikan kepada
semua murid perempuan yang memasuki tingkatan satu.Malah sebuah Hospital Khas
untuk wanita akan dibina dengan kerjasama kerajaan dan swasta dengan kos 700
juta ringgit.
Golongan
belia pula mendapat perhatian dengan peruntukan 320 juta bagi melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti. 200 juta ringgit bagi menubuhkan syarikat teroka
milik kerjaan bernama MyCreative Venturre Capital dengan dana 200 juta dan 200
juta lagi untuk Program Strategik untuk Belia 1Malaysia yang akan dikendalikan
oleh Kolej Komuniti, IKM dan MARA.
Antara
langkah penting yang dilaksanakan kerajaan adalah dalam usaha memartabatkan
Sukan Negara , langkah menghargai jasa Warga emas,Skim Persaraan Swasta yang
memberikan pengecualian cukai pendapatan, dan menintkatkan caruman KWSP kepada
13%.
Dari
segi projek pembagunan kerajaan mengadakan program Khas Kemdudahan Awam Desa
dan Rancangan Tebatan banjir di Perlis, Perak, dan Johor dengan kos 1 Billion.
Selain
itu terdapat juga beberapa hadiah kepada isi rumah pndapatan dibawah 3000
sebanyak 500,bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak 100 ringgit. Pelajar IPTA
dan tingkatan enam juga turut mendapat bantuan sebanyak 200 ringgit bagi
pembelian buku dalam bentuk baucer.
Antara yang paling menarik adalah pemberian bonus setengah bulan gaji kepada
penjawat awam dan 500 ringgit kepada pesara. Dan yang terakhir adalah mengenai
mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli parlimen yang menimbulkan kritikan
sesetengah pihak.
5.0 Analisis Peruntukan
Belanjawan 2012 mengikut kaum.
Menurut
jabatan Perangkaan Malaysia, maklumat yang dikeluarkan pada tahun 2010
merekodkan rakyat Malaysia terdiri daripada 28.3 juta orang yang terdiri
daripada 14.4 juta lelaki dan 13.9 juta perempuan ( http;//www.statistic.gov.my).
Dari segi pandangan Marxist pula didalam sebuah Negara, perbezaan yang ada
dikalangan masyarakat bukanlah etnik,namun dari aspek jurang ekonomi.Fenomena
kelas juga tidak terkecuali di Malaysia yang mana terdapat jurang ekonomi bukan
sahaja intetnik tetapi juga intraetnik itu sendiri. Ks Jomo dan Edmund Terence
Gomez juga mendakwa bahawa dalam masyarakat majmuk Malaysia bukan sahaja
dikenali dengan perbezaan warna kulit, tetapi jurang ekonomi. Usaha yang
dilakukan oleh kerajaan didalam mengubah corak ekonomi berasaskan identiti kaum
tidak berhasil dan adakala orang-orang Melayu sendiri tidak dapat merasai
bantuan berkenaan.(E.T Gomez & Jomo K.S (1999) ms.5).
Didalam
belanjawan 2012, kerajaan dilihat lebih berhati –hati didalam memberikan
peruntukan dan insentif dan manfaat kepada semua golongan mengikut kaum. Jadual
Analisa Belanjawan 2012 mengikut Kaum menunjukkan bahawa daripad aspek
peruntukan belanjawan, Bukan Bumiputera hanya mendapat 17 kurang daripada
Bumiputera. Manakalah Bumiputra mendapat kurang 3 perkara daripada belanjawan.
Daripada analisa kasar yang dibuat, kerajaan berjaya memperuntukkan bantuan
kepada semua golongan masyarakat di negara ini dengan mengutamakan kelebihan
kepada kaum Bumiputera didalam cara yang tersirat dan tidak mengundang sebarang
kontroversi. Selain itu juga kerajaan berjaya mengambarkan Belanjawan 2012
adalah benar-benar berkonsepkan 1Malaysia kerana terdapat banyak usaha-usaha
yang dilakukan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Rancangan
perumahan 1Malaysia benar-benar menunjukkan bahawa bantuan yang diberikan bukan
lagi menurut identity kaum.
Dalam
masa yang sama, Belanjawan 2012 biarpun member keutamaan kepada konsep satu
Malaysia, namun peruntukan khas kepada golongan bumiputera tidak sekali
dilupakan. Antara perkara-perkara yang menjadi perhatian oleh Kerajaan terhadap
etnik Bumiputra didalam Belanjawan 2012
adalah mengenai keusahawanan didalam bidang Industri Kecil sederhana, Pinjaman
pinjaman khas melalui tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia, kemudahan-kemudahan
asas seperti air dan kemudahan awam yang lain. Pekerja sektor awam di Malaysia
terdiri daripada 1.3 juta daripada jumlah rakyat Malaysia. Sedia maklum bahawa
majoriti daripada pekerja sektor awam adalah bumiputera. Secara tidak langsung,
segala bantuan dan faedah dan keistimewaan yang diberikan kepada pekerja sektor
awam adalah kepada bumiputera . Antara faedah faedah yang diterima adalah bonus
setengah bulan dan bantuan RM500 minima kepada pesara tentera.Tamabahan
daripada itu perkerja-pekerja daripada KEMAS dan JASA juga akan mendapat
Onec-Off sebanyak RM3000. Selain daripada itu, satu lagi bantuan yang
disalurkan kepada golongan secara tidak langsung merujuk kepada bumiputera
adala golongan Nelayan. Melalui bantuan ini nelayan diberikan kemudahan untuk
mendapatkan bantuan bagi membaik pulih rumah dengan pengagihan sebanyak RM300
juta diseluruh Negara. Strategi bantuan “tersirat” ini dilihat berjaya memberikan
senyuman kepada masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera di Negara ini.
Dalam
aspek politik pula, Presiden MCA sendiri, Dato Seri Dr.Chua Soi Lek yang selama
ini lantang mengkiritik dasar kerajaan yang dikatakan berat sebelah setuju
dengan Belanjawan 2012. Beliau mengatakan bahawa belanjawan 2012 adalah
belanjawan mengutamakan rakyat apabila mengekalkan subsidi terhadap barangan
pengguna dan harga minyak semuanya berjumlah RM 32.2 billion. (Utusan Malaysia,
29 Oktober 2011).
Selain daripada itu juga, kritikan daripada
pihak pembangkang daripada aspek pembahagian mengikut kaum yang sudah lama
menjadi tradisi tidak berdendang pada belanjawan kali ini. Daripada respon awal
yang diterbitkan di laman portal Malaysia
Today bagi belanjawan 2012 bertajuk “Najib” budget inferior to Pakatan dan komen
yang diberikan adalah berkisar kepada KDNK, isu tenaga kerja dan lain-lain.
(Malaysia Today, 18 Oktober 2011). Tiada satupun yang sedikit menyentuh
mengenai pembahagian peruntukan terhadap bumiputera atau ketidakpuasan terhadap
pambahagian insentif. Daripada fenomena ini terdapat beberapa kesimpulan awal
yang mungkin benar didalam corak politik masyarakat Malaysia, yang pertama
adalah, Konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Dato Seri Najib telah berjaya
diterima oleh rakyat Malaysia, Yang kedua;Rakyat Malaysia sudah mula “menerima”
seadanya masayarakat majmuk di Negara ini dan bukan lagi bertoleransi;yang
ketiga ;parti parti politik di Malaysia lebih matang didalam membahaskan isu
belanjawan 2012.
4.0 Kritikan Terhadap
Belanjawan 2012.
Sebagai
tidak mengulangi kesilapan kesilapan yang pernah dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak
sekali-kali akan melupakan jasa kakitangan awam yang telah banyak berkorban
demi memastikan kelangsungan pentadbiran negara dengan memasukkan bonus sebulan
gaji kepada setiap kakitangan (separauh semasa hari raya, dan separuh lagi pada
disember) serta memberikan bayaran minimum RM500 kepada pesara kerajaan.
Namun ada juga beberapa pihak tertentu mengkritik
belanjawan 2012 sebagai “gula-gula”
Namun keperluan rakyat sebenarnya adalah lebih daripada mendapatkan
ganjaran di hujung tahun,atau lebih tepat lagi ganjaran apabila dekat dengan
pilihanraya. Dalam satu temubual Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi
yang dirakam oleh Tvpas.com, mengatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan
didalam belanjawan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri,pertama dari
peruntukan dari aspek kerohanian. Memandangkan bahawa masyarakat kini sangat
mudah terjebak kepada gejala sosial, media yang semakin menjadi-jadi, adalah
benar menurut dakwaan beliau, tidak ada satupun peruntukan yang menunjukkan
usaha untuk mengurangkan gejala ini. Yang kedua beliau bercakap mengenai aspek
ketirisan dari segi pelaksanaan dan penyampaian peruntukan tersebut terhadap
rakyat yang seringkali tersangkut ditengah-tengah.Ini adalah kerana sebahagian
daripada peruntukan sampai ke Ketua Cawangan kawasan tertentu dan bukan badan
yang bertauliah.Selain itu juga antara perkara penting yang diucapkan oleh
beliau adalah proses “meng -anak tiri- kan” Kelantan dari aspek pembangunan.
Seperti projek lebuhraya dan sebagainya yang dilihat hanya berkisar kepada
negeri tertentu dan Barisan Nasional dikatakan mengamal “politik Balas Dendam”.
(http;//www.tvpas.com).Perkara yang sama turut diulas oleh Prof.Dr.Amir
Baharudin mengenai pelaksanaan
belanjawan yang perlu dititikberatkan.”Bukan isi yang menjadi ukuran tetapi
aspek pelaksanaan selepas pembentangan adalah lebih penting:. (Utusan Malaysia
, 5 Oktober 2011). Namun jawapan spontan daripada perdana menteri daripada
aspek pelaksanaan adalah Perdana “"Kalau
tak ada duit takkan saya berani bentangkan semalam? Saya akan melakukan satu
perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya bentang bajet yang tak boleh
dilaksanakan,"(Utusan Malaysia, 9 Oktober 2011).
Dalam
mempertimbangkan samaada Belanjawan 2012 itu adalah keperluan rakyat,kemahuan
rakyat perlulah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Sebagai contoh didalam
aspek pembangunan setiap negeri bukan Kelantan sahaja yang meluahkan rasa tidak
puas hati terhadap peruntukan belanjawan. Pekara yang sama juga turut diulas
oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee yang mendakwa bahawa
Kerajaan tidak memperuntukan sejumlah wang bagi mengantikan projek arang batu
yang dibatalkan bagi membina janakuasa baru bagi penduduk Lahad Datu.Selain itu
juga, Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga pernah berjanji tahun lalu bahawa
kerajaan akan menaik taraf lapangan terbang Sandakan namun ia terbukti satu
janji kosong. (Yong Teck Lee dalam Malaysia Today, 8 Oktober 2011).
Penutup
Belanjawan
rakyat 2012 dapat ditakrifkan sebagai belanjawan yang memenuhi hampir kesemua
tuntutan rakyat jika diambil kira daripada tuntutan NGO dan organisasi yang
tertentu. Maka penulis menyimpulkan Belanjawan 2012 adalah belanjawan rakyat.
Namun persoalan yang perlu di fikirkan adalah, adakah dengan memenuhi keperluan
dan tuntuan rakyat ia adalah belanjawan yang baik? Belanjawan 2012 adalah
belanjawan yang komprehensif dalam membantu merancakkan pembangunan ekonomi
Negara selaras dengan Model Ekonomi baru yang mensasarkan kepada langkah
memastikan rakyat dapat menikmati faedah sebagai “Negara Berpendapatan Tinggi”.
Selain daripada itu , dalam masa yang sama,belanjawan kali ini memberikan satu
faedah politik kepada pentadbiran Najib dengan pelbagai hadiah-hadiah daripada
kerajaan kepada rakyat demi menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
Dasar Once Off yang diperkenalkan
Najib bijak didalam mengurangkan entitlement supaya ia tidak menjadi beban
kepada belanjawan kerajaan di masa akan datang. Namun mahu atau tidak didalam
memastikan hutang Negara dapat dikurangkan dan mengelak daripada deficit yang
berlaku secara konsisten sejak 12 tahun yang lalu, satu langkah konkrit samaada
merasionalisasikan subsidi ataupun mencari satu alternative baru didalam menambahkan
pendapatan Negara agar subsidi dapat diteruskan.
Galeri
Gambar 1 Najib menunjukkan Draf belanjawan 2012 yang bertanda “RAHSIA
BESAR”.
Gambar 4 Presiden CUEPACS, Dato' Hj. Omar Osman
Mengemukakan 5 tuntutan dalam Belanjawan 2012.
Rujukan
Fauzie
Jasmani (2011) Belanjawan 2012, Sejauh
mana Kepentingan Rakyat Diutamakan ? Kehidupan 1Malaysia 5 october 2011
Retrived on 10 November 2011 on http;//eiz1004.upprofits.com
Buku Jingga,
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia daripada Pakatan Rakyat 2011
Mohd
Najib Tun Razak (2011). Ucapan Bajet Tahun 2012.
Anwar
Ibrahim (2011) Ucapan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
Yong
Teck Lee dalam Malaysia Today,”Budget 2012 Nothing For Sabah” 8 Oktober 2011.
Retrived on 10 November 2011.
Kita
mampu Laksanakan Belanjawan 2012 – Najib 8 Oktober 2011.Utusan Malaysia
.Retrived on 10 October 2011.
Imbangi Kebajikan Ekonomi ,Utusan Online 9 October
2011.Retrived on 10 November 2011.
Nurul
Anuar Kari, Pantau Pelaksanaan 2012
Utusan Malaysia 05 October 2011.Retrived on 10 November 2011.
Khairuddin
Mohd Zain ,Rencana Tumpu Mekanisme Pelaksanaan,08 October 2011, Retrived on 10
November 2011.
Stephanie
STA Maria “Najib Budget Inferiors To Pakatan’s” in Malaysia Today, 18 Oktober
2011. Retrived on 10 November 2011
Wong
Su long “ Strong Economy is Paklah’s Trumpo Card”. 15 February 2008 Retrieved
on 18 October 2008.
Petrei (1998)
The Budget Preparation Process.
Muhyidin
Yaasin “Belanjawan 2012 Jaminan Masa Depan Rakyat’, Utusan 15 Oktober
2011.Retrived on 10 November 2011.
Analisis: Faktor ekonomi, masalah
dalaman antara punca BN tumbang di Kedah Oleh Azmi Md Deros dan Johari Ibrahim
,Berita Harian 10 Mac 2008. Retrived on 10 November 2011.
The People
Budget’s Conggresional Caucus U.S House Of Representatives Washington,DC 20515
E.T
Gomez & Jomo K.S (1999) Malaysia Poltical Economy, Politics,Patronage and
Profits Green Giant Press.Singapore.
Kathi Fong dan Loong Tse Min,Market
To React Reaction Outcome The Star Online 10 Mac 2008.
“CUEPACS
harap ada Bonus “ , Utusan Malaysia , 22 Ogos 2008 . Retrived from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/get Article.do?id=116488&t on 18 October 2011
“CUEPACS harap ada Bonus “ , Utusan Malaysia , 22
Ogos 2008 Retrived on 18 October 2011.
Aurora, “Theres is Nothing for Sabah “Yong Teck Lee
dalam Malaysia Today, 8 Oktober 2011).
Ucapan
Spontan Ketua Pemuda PAS Belanjawan 2012 .(http;//www.tvpas.com).Retrived On 18
October 2011.
Civil Servant unhappy with the Budget, New
Straits Times 30/08/2008 Retrived on 18 October 2011.
“Kita
Mampu Laksanakan Bajet 2012 –Najib” ,Utusan Online 8 November 2011 Retrived on
18 November 2011.
Model
Ekonomi Baru Untuk Malaysia Bahagian 1, Ringkasan Eksekutif,Majlis Penasihat
Ekonomi Negara, Putrajaya. Retrived From www.neac.gov.my on
18 November 2011.