Tuesday, 11 March 2014

Intaff Society UUM: Get To Know INTAFF.

Intaff Society UUM: Get To Know INTAFF.: When we make a short interview to the public, and ask them either they know about INTAFF or not, their answer much simple; "I don'...

Sunday, 22 December 2013

Kisah benar - Jangan melancong ke Bangkok, Thailand atau anda berisiko di...


Kisah benar daripada seorang pelancong Malaysia yang melancong ke Thailand...

Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ...satu peringatan. I would like to relate to you all an incidence... quite recent, i.e. about two weeks ago... After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..



Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.

Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok.

Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.

Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.

Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun...).

Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.

Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia...(nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan) Pihak imigresen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresen di Lapangan LCCT.

Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita....tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

Please be careful, ok?

sekadar memanjangkan

Wednesday, 18 December 2013

Menngoptimakan penggunaaan Otak ;Kelemahan Orang Melayu


Sepanjang pengalaman saya berceramh dan komen-komen daripada pakar-pakar motivasi, ramai diantara pelajar pelajar kita termasuklah yang berada di Universiti, belum benar-benar memahami fungsi otak kiri dan otak kanan. Rata-rata pelajar-pelajar kita tahu mengenai wujudnya kedua-dua bahagian otak ini namun tidak menghayati dengan tepat fungsi dan kekuatan sebenar anugerah Allah yang paling bernilai ini.

Secara umumnya Otak kanan adalah otak kreatif.Otak yang berfikir perkara-perkara sastera, melibatkan warna-warna,sesuatu yang indah. Otak kanan juga mentafsir sesuatu secara luar biasa dan tidak terbatas dengan logik dan perkiraan.Tiada limitasi bagi capaian otak kanan.

Manakala otak kiri pula bahagian yang berfungsi untuk menilai perkara-perkara logik, perkiraan matematik, rasional. Sesuatu itu ditafsir berlandas perkiraan yang diterima oleh hukum fizik dan alam semesta.

Apabila kita membaca tulisan rumi,kita sebenarnya menggunakan otak kiri. Otak kiri menghubungkan huruf-huruf menjadi bunyi dan sukukata bunyi itu akan menjadi perkataan. Perkataan itu akan ditafsir oleh otak kanan untuk dimengertikan maksud dari bunyi tadi. Jadi untuk seseorang itu membaca, sebenarnya proses itu melibatkan kedua-dua belah otak,namun diakhir proses itu, seringkali kita tidak dapat meletakkan peranan otak kanan yang lebih besar iaitu dengan mengimaginasikan perkara berkenaaan.

Dari segi pemerhatian saya, salah satu kelebihan orang cina berbanding pelajar melayu adalah dari segi tulisan mereka. Karektor karektor cina sebenarnya didalam bentuk piktogram (gambar) dan bukan gabungan huruf-huruf. Begitu juga dengan tulisan jepun iaitu Hiragana dan Kanji. Secara sedar atau tidak, apabila mereka menulis sesuatu didalam tulisan mereka, secara automatik mereka telah menggunakan otak kiri dan otak kanan secara serentak.

sebagai contoh perkataan dibawah :
Jika membaca secara tulisan rumi,kita mengabungkan tiga atau empat huruf.tetapi didalam bahasa jepun ia hanyalah satu simbol yang mengambarkan sesuatu maksud.Contoh lain juga boleh dilihat dibawah
Person+Tree = Rest. Makananya jika gambar pokok dan orang digabungkan bermaksud , orang sedang berehat dibawah pokok. Apabila kita memahami simbol ini secara automatik otak kiri dan otak kanan kita akan berkerja secara serentak. Maka dengan itu mudahlah untuk kita mengingati dan memahami sesuatu perkara berbanding membaca sesuatu didalam tulisan rumi.

Pada pendapat saya ini adalah punca utama mengapa mjoriti dikalangan pelajar melayu kita pada harini yakin dan percaya bahawa mereka hanyalah sekadar pelajar biasa dan sederhana. Secara semulajadinya mereka menggunakan sebelah sahaja bahagian otak didalam belajar,dan mengulangkaji pelajaran. Manakala otak kanan hanya digunakan ketika sedang bermain atau berhibur. Sebab itulah kadangkala kita melihat pelajar-pelajar kita lebih berinovatif dalam hal-hal yang berkaitan bukan pelajaran.Namun jika membabitkan pelajaran didalam kelas, mereka kurang keyakinan diri dan menjadi lembab.


Sunday, 15 December 2013

Pengurusan Masa World Cup dan Pomodoro

Masa merupakan aset yang paling berharga didalam kehidupan. Masa dimiliki oleh semua orang dalam jumlah yang sama.Setiap manusia Allah telah memberikan peluang sebanyak 24 Jam sehari didalam kehidupan.Namun didalam tempoh yang sama inilah kita melihat setiap individu itu mempunyai output yang berbeza daripada setiap individu yang lain. Saya selalu terfikir didalam masa setahun lagi,siapa saya dimasa akan datang.Kadangkala, World Cup yang akan menjadi ukuran.Apa bila saya melihat suasana keriuhan World Cup itu, saya teringat siapa saya 4 tahun yang lalu. Kini juga saya masih tertanya pada World Cup yang akan datang, lebih kurang 2 tahun lagi,siapa saya. masih hidupkah?

Setiap individu mempunyai orientasi yang berbeza. Samaada kita perasan atau tidak, kadangkala pensyarah memberikan tugasan dan kita berjaya menyiapkanya dalam masa beberapa jam sahaja.Malah hasilnya juga amat memberangsangkan. Tapi kadangkala tugasan yang sama diberikan oleh pensyarah, namun berminggu-minggu belum siap pun lagi.  Ini berkaitan dengan orientasi masa yang kita gunakan.Ada juga sesetengah mengaitkan fenomena ini dengan teori  relativiti.

Kita lihat lagi satu kes.Cuba perhatikan, diwaktu peperiksaan kita boleh fokus dengan begitu hebat sekali.Peperiksaan kadangkala mengambil masa selama 2 jam 30 minit.Kita berjaya duduk,fikir ,tulis dan menganalisa dalam masa yang berkenaan.Malah, bukan itu sahaja,setelah tulis pun kita mampu semak dan baca berulang-ulang kali jawapan yang kita sendiri tuliskan. Tapi yang menghairankan, apabila diluar bilik peperiksaan, kita kurang mampu untuk fokus pada tahap itu.Kita mudah terganggu. Baru duduk di meja belajar sekejap, sudah rasa yang tidak kena. Minit yang pertama rasa haus.Minit yang kedua hendak ke tandas. Minit yang ketiga baca satu perenggan.Minit seterusnya sudah bosan terus keluar makan. Akhirnya masa kita hilang begitu sahaja.

Pomodoro teknik yang saya pernah ceritakan dalam entry sebelum ini menekankan bagaimana kita meletakkan diri kita didlam situasi perang @ fighting mode. Apabila berbunyi sahaja jam berkenaan, maka kita akan memastikan yang tubuh badan kita bersedia menerima apa sahaja gangguan.Tahan diri daripada menerima ransangan yang negatif.Cuba untuk fokus dan pandang ke dapan.Anggaplah kita sedang berada didalam medan gusti dan jika kita toleh kebelakang, maka kita akan tewas dan kalah.

Orientasi sebegini memberikan mesej yang jelas kepada minda SM kita supaya tidak mudah leka dan terus fokus. Kita akan dapat merasa bahawa minda separa sedar kita SM kita berkerja untuk kita jika kita berasa seolah-olah  tidak berasa penat atau masa berlalu dengan begitu cepat. Kita juga akan merasakan sangat seronok berkerja dan merasai bahawa masa yang diberikan terlalu singkat dan kita memerlukan lebih banyak masa. Jika kita mampu tersenyum selepas berbunyi loceng pomodoro, maka pada masa itulah kita boleh mengiktiraf masa sebagai kawan kita.

Friday, 13 December 2013

Ceramah Di Kolej Alpha Seremban:Mencapai Matlamat tahap tinggi

Esok saya akan menyampaikan ceramah mengapai impian kepada student Kolej Alpha.Namun tefikir-fikir apakah perkara terbaik yang dapat saya kongsikan bersama mereka.Jadi saya gunakan medan blog ini sebagai persediaan untuk ceramah esok.

Pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai penetapan matlamat. Mungkin ada yang rasa matlamat ini sudah cliche dan ramai sudah sebut. Tapi saya ingin sebut penetapan matlamat cara saya sendiri. Ada sesetengah orang menetap matlamat dengan melekatkan poster, ada sesetengah letak di desktop. Ada meletakkan matlamat di dalam dompet. Saya kira itu boleh dikatakan bagus. Tapi ada yang tiada matlamat langsung. Pergi ke kelas cuma harap jam berdetik dan habis. tiada matlamat.Tiada sasaran.Amatlah rugi mereka yang tergolong didalam golongan ini.

Matlamat yang hebat dan kuat adalah matlamat yang setiap kali kita sebut matlamat itu, maka berderau darah kita. Setiap kali kita sebut perkara itu terasa adrenalin mengalir, jantung berdegup kencang, rasa berpeluh,dan tidak senang duduk.Matalmat yang hebat adalah kita terasa misi dan visi kita amat jelas, kaki dan tangan kita sentiasa bergerak kearah itu,Bila anda ada matlamat sekuat ini, jangan risau kemana jasad anda akan membawa anda. Kemana kaki anda akan melangkah.Matlamat anda telah diresapi oleh minda separa sedar dan ia berkerja untuk anda.Minda anda berkerja untuk anda.

Namun sekarang, bagaimana nak menetapkan matlamat sekuat itu? bagaimana nak mencapai tahap matlamat setinggi itu yang semangatnya tidak akan pudar?


Ini cara saya. Saya tidak mengharapkan poster semata-mata. Saya akan melakonkan kejayaan saya dan menjiwai kejayaan yang saya inginkan seolah-olah saya sudah pun memilikinya. Saya menjiwai matalamat saya seolah-olah kejayaan itu telah ada ditangan saya. Sebagai contoh,matlamat saya untuk setiap semester adalah untuk mendapatkan 4.00 pada setiap semester. Pada setiap semester, saya akan mengedit slip keputusan saya untuk subjek semasa saya dan meletakkan sebagai A. Saya katakan pada diri saya dan percaya pada diri saya, ini adalah keputusan saya pada semester ini. Matlamat yang saya tetapkan bukanlah main-main. Saya memastikan bila menyebut 4.00 darah saya akan berderau.sebut sahaja, hati tak senang duduk.sebut sahaja otak saya ligat mencari jalan untuk mencapai matlamat itu. Maka disitulah anda tahu yang anda telah mencapai tahap tertinggi! Oleh itu jangan risau kemana jasad anda akan melangkah.Apa yang anda perlu buat adalah ikut sahaja.

Thursday, 5 December 2013

Kenapa Ustaz Kazim Elias tidak mahu masuk UMNO?

 Sebenarnya agak kecewa dengan keputusan UKE untuk tidak menerima Jawatan MT didalam UMNO. Saya melihat ini adalah satu peluang bagi beliau untuk melaksanakan apa yang didakwahkan oleh beliau selama ini.Dengan duduknya Ustaz didalam MT, maka peranan yang dilakukan adalah lebih besar.MT didalam UMNO bermaksud seseorang itu mempunyai pengaruh dan kuasa untuk mempengaruhi dasar-dasar kerajaan,Idea-idea bernas Ust lebih mudah dilaksanakan dan direalisasikan berbanding hanya berdakwah dengan ucapan dan kata-kata sahaja. Bukankah sebaik-baik perbuatan adalah dengan menggunakan tangan? (yakni kuasa), Apapun kita menghormati keputusan beliau dan saya yakin beliau ada alasan tersendiri untuk tidak secara langsung terlibat dengan politik.Menjejak kaki ke dunia politik bermaksud kita harus sedia dimaki dicaci dikutuk dan dibenci. Itulah asam garam perjuangan.


 http://www.sinarharian.com.my/politik/ustaz-kazim-tolak-jawatan-mt-demi-dakwah-1.227341

IPOH -  [kemaskini] Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.  

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. - Bernama