Tuesday, 27 May 2014
Monday, 21 April 2014
Sunday, 20 April 2014
Prinsip Keabadian Tenaga dan Anda!
Tenaga bersifat abadi. Hukum fizik mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan.Ia hanya boleh berubah bentuk. Hukum fizik ini terpakai kepada seluruh alam semesta termasuklah manusia.
Contohnya: Tenaga matahari (cahaya, haba) –> Pokok (fotosintesis)- >lembu – (daging,lemak,karbohidrat) > manusia-> tugas-tugas harian
Manusia sebenarnya adalah satu bentuk tenaga. Untuk memahami hal ini kita perlu memahami kejadian manusia itu sendiri. Didalam setiap objek di alam semesta adalah terdiri daripada atom. Atom itu adalah energi. Ini adalah kerana menurut Albert Einstein E= MC2. Didalam badan manusia terdapat 7 x 1027 atom. Dan setiap atom ini akan bertindak mengikut hukum alam.
Dalam erti kata lain, manusia itu hanyalah satu bentuk tenaga. Apabila kita mencurahkan tenaga positif kepada alam, maka kita akan mendapat kembali tenaga berkenaan didalam bentuk yang lain. Namun jika kita mencurahkan tenaga negatif kepada alam semesta,kita akan juga turut sama menerima tenaga negatif dalam bentuk yang lain.
Oleh itu, jika kita mahukan sesuatu perkara itu, kita harus berusaha kearah itu agar tenaga yang dicurahkan itu cukup untuk memberikan keputusan yang kita mahukan.Kita juga harus turut sama mencurahkan tenaga positif kepada alam sekeliling agar tenaga positif jugalah yang akan diimbal balas. Sebagai contoh, sekiranya kita masuk ke pejabat dengan tenaga negatif dan bermuka masam, kita tidak boleh menjangkakan yang kita akan mendapat timbal balas yang positif dengan rakan-rakan kerja senyum kembali kepada kita. Namun sekiranya kita masuk wajah yang ceria dan penuh dengan bersemangat, maka kita boleh menjangkakan yang kita akan mendapat perkara-perkara positif setiap hari.
Konsep Tabung Energy
Tenaga bersifat abadi. Ia tidak boleh dimusnahkan. Namun ia boleh disimpan dalam Tabung energy. Kita haruslah mengumpul sebanyak mungkin tenaga positif untuk digunakan dimasa hadapan. Bekalan tenga positif ini yang akan membantu kita diwaktu kesusahan.Ini adalah kerana, kita belum tentu akan mendapat balasan baik daripada perbuatan kita itu dalam masa yang sama. Jika tabung energy kita mengandungi lebih banyak tenga positif, maka hidup kita akan lebih mudah.
Sumber tenaga yang paling utama adalah Allah S.W.T. Dia adalah sumber tenaga yang tak pernah kurang. Jika kita merasakan perlukan bantuan tenaga dan semangat, berdoalah maka Allah akan memberikanya. Tenaga Allah bersifat abadi dan kekal. Dengan mengikut suruhan Allah,(tidak semestinya solat dan mengaji), maka kita akan dapat mengumpul tenaga positif yang secukupnya.Jika diniatkan kerana Allah ,maka ganjaran bukan sahaja didunia malah diakhirat berlipat kali ganda.!
Sunday, 23 March 2014
Tuesday, 11 March 2014
Intaff Society UUM: Get To Know INTAFF.
Intaff Society UUM: Get To Know INTAFF.: When we make a short interview to the public, and ask them either they know about INTAFF or not, their answer much simple; "I don'...
Sunday, 22 December 2013
Kisah benar - Jangan melancong ke Bangkok, Thailand atau anda berisiko di...
Kisah benar daripada seorang pelancong Malaysia yang
melancong ke Thailand...
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ...satu
peringatan. I would like to relate to you all an incidence... quite recent,
i.e. about two weeks ago... After my daughter's wedding in early February, I
had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and
my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..
Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak
dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan
isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.
Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk
dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada
free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus
rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok
tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan
sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok
yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil
sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh
seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.
Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di
Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi
percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu
membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the
cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih
berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya
di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang
itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika
mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang
mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang
kenalan mereka di Bangkok.
Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India
telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum
dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen
(padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di
kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari
kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik
iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang
iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat,
beliau tidak boleh keluar lagi.
Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan
menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba
menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak
polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh
Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan
pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan
abang iparnya.
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik
ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.Beliau hanya ada RM11,000.
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan
pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai
tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka
dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang
terdiri dari matawang asing... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa
bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah
(pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah
disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the
RM11,000? Tak disebut pun...).
Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa
bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang
penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport
Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau
telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang
pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah
diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket
MAS yang ternyata lebih mahal.
Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau
mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada
tiket lagi dengan air asia...(nampaknya semua peringkat yang mengambil
kesempatan) Pihak imigresen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri
beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke
pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air
Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresen KL diminta mengiring my cousin ke
pejabat imigresen di Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa
kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita....tapi yang peliknya
kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun
menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya
memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu
yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak
mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.....
memang ini kisah benar.
Please be careful, ok?
sekadar memanjangkan
Wednesday, 18 December 2013
Menngoptimakan penggunaaan Otak ;Kelemahan Orang Melayu
Sepanjang pengalaman saya berceramh dan komen-komen daripada pakar-pakar motivasi, ramai diantara pelajar pelajar kita termasuklah yang berada di Universiti, belum benar-benar memahami fungsi otak kiri dan otak kanan. Rata-rata pelajar-pelajar kita tahu mengenai wujudnya kedua-dua bahagian otak ini namun tidak menghayati dengan tepat fungsi dan kekuatan sebenar anugerah Allah yang paling bernilai ini.
Secara umumnya Otak kanan adalah otak kreatif.Otak yang berfikir perkara-perkara sastera, melibatkan warna-warna,sesuatu yang indah. Otak kanan juga mentafsir sesuatu secara luar biasa dan tidak terbatas dengan logik dan perkiraan.Tiada limitasi bagi capaian otak kanan.
Manakala otak kiri pula bahagian yang berfungsi untuk menilai perkara-perkara logik, perkiraan matematik, rasional. Sesuatu itu ditafsir berlandas perkiraan yang diterima oleh hukum fizik dan alam semesta.
Apabila kita membaca tulisan rumi,kita sebenarnya menggunakan otak kiri. Otak kiri menghubungkan huruf-huruf menjadi bunyi dan sukukata bunyi itu akan menjadi perkataan. Perkataan itu akan ditafsir oleh otak kanan untuk dimengertikan maksud dari bunyi tadi. Jadi untuk seseorang itu membaca, sebenarnya proses itu melibatkan kedua-dua belah otak,namun diakhir proses itu, seringkali kita tidak dapat meletakkan peranan otak kanan yang lebih besar iaitu dengan mengimaginasikan perkara berkenaaan.
Dari segi pemerhatian saya, salah satu kelebihan orang cina berbanding pelajar melayu adalah dari segi tulisan mereka. Karektor karektor cina sebenarnya didalam bentuk piktogram (gambar) dan bukan gabungan huruf-huruf. Begitu juga dengan tulisan jepun iaitu Hiragana dan Kanji. Secara sedar atau tidak, apabila mereka menulis sesuatu didalam tulisan mereka, secara automatik mereka telah menggunakan otak kiri dan otak kanan secara serentak.
sebagai contoh perkataan dibawah :
Jika membaca secara tulisan rumi,kita mengabungkan tiga atau empat huruf.tetapi didalam bahasa jepun ia hanyalah satu simbol yang mengambarkan sesuatu maksud.Contoh lain juga boleh dilihat dibawahPada pendapat saya ini adalah punca utama mengapa mjoriti dikalangan pelajar melayu kita pada harini yakin dan percaya bahawa mereka hanyalah sekadar pelajar biasa dan sederhana. Secara semulajadinya mereka menggunakan sebelah sahaja bahagian otak didalam belajar,dan mengulangkaji pelajaran. Manakala otak kanan hanya digunakan ketika sedang bermain atau berhibur. Sebab itulah kadangkala kita melihat pelajar-pelajar kita lebih berinovatif dalam hal-hal yang berkaitan bukan pelajaran.Namun jika membabitkan pelajaran didalam kelas, mereka kurang keyakinan diri dan menjadi lembab.
Sunday, 15 December 2013
Pengurusan Masa World Cup dan Pomodoro
Masa merupakan aset yang paling berharga didalam kehidupan. Masa dimiliki oleh semua orang dalam jumlah yang sama.Setiap manusia Allah telah memberikan peluang sebanyak 24 Jam sehari didalam kehidupan.Namun didalam tempoh yang sama inilah kita melihat setiap individu itu mempunyai output yang berbeza daripada setiap individu yang lain. Saya selalu terfikir didalam masa setahun lagi,siapa saya dimasa akan datang.Kadangkala, World Cup yang akan menjadi ukuran.Apa bila saya melihat suasana keriuhan World Cup itu, saya teringat siapa saya 4 tahun yang lalu. Kini juga saya masih tertanya pada World Cup yang akan datang, lebih kurang 2 tahun lagi,siapa saya. masih hidupkah?
Setiap individu mempunyai orientasi yang berbeza. Samaada kita perasan atau tidak, kadangkala pensyarah memberikan tugasan dan kita berjaya menyiapkanya dalam masa beberapa jam sahaja.Malah hasilnya juga amat memberangsangkan. Tapi kadangkala tugasan yang sama diberikan oleh pensyarah, namun berminggu-minggu belum siap pun lagi. Ini berkaitan dengan orientasi masa yang kita gunakan.Ada juga sesetengah mengaitkan fenomena ini dengan teori relativiti.
Kita lihat lagi satu kes.Cuba perhatikan, diwaktu peperiksaan kita boleh fokus dengan begitu hebat sekali.Peperiksaan kadangkala mengambil masa selama 2 jam 30 minit.Kita berjaya duduk,fikir ,tulis dan menganalisa dalam masa yang berkenaan.Malah, bukan itu sahaja,setelah tulis pun kita mampu semak dan baca berulang-ulang kali jawapan yang kita sendiri tuliskan. Tapi yang menghairankan, apabila diluar bilik peperiksaan, kita kurang mampu untuk fokus pada tahap itu.Kita mudah terganggu. Baru duduk di meja belajar sekejap, sudah rasa yang tidak kena. Minit yang pertama rasa haus.Minit yang kedua hendak ke tandas. Minit yang ketiga baca satu perenggan.Minit seterusnya sudah bosan terus keluar makan. Akhirnya masa kita hilang begitu sahaja.
Pomodoro teknik yang saya pernah ceritakan dalam entry sebelum ini menekankan bagaimana kita meletakkan diri kita didlam situasi perang @ fighting mode. Apabila berbunyi sahaja jam berkenaan, maka kita akan memastikan yang tubuh badan kita bersedia menerima apa sahaja gangguan.Tahan diri daripada menerima ransangan yang negatif.Cuba untuk fokus dan pandang ke dapan.Anggaplah kita sedang berada didalam medan gusti dan jika kita toleh kebelakang, maka kita akan tewas dan kalah.
Orientasi sebegini memberikan mesej yang jelas kepada minda SM kita supaya tidak mudah leka dan terus fokus. Kita akan dapat merasa bahawa minda separa sedar kita SM kita berkerja untuk kita jika kita berasa seolah-olah tidak berasa penat atau masa berlalu dengan begitu cepat. Kita juga akan merasakan sangat seronok berkerja dan merasai bahawa masa yang diberikan terlalu singkat dan kita memerlukan lebih banyak masa. Jika kita mampu tersenyum selepas berbunyi loceng pomodoro, maka pada masa itulah kita boleh mengiktiraf masa sebagai kawan kita.

Friday, 13 December 2013
Ceramah Di Kolej Alpha Seremban:Mencapai Matlamat tahap tinggi
Esok saya akan menyampaikan ceramah mengapai impian kepada student Kolej Alpha.Namun tefikir-fikir apakah perkara terbaik yang dapat saya kongsikan bersama mereka.Jadi saya gunakan medan blog ini sebagai persediaan untuk ceramah esok.
Pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai penetapan matlamat. Mungkin ada yang rasa matlamat ini sudah cliche dan ramai sudah sebut. Tapi saya ingin sebut penetapan matlamat cara saya sendiri. Ada sesetengah orang menetap matlamat dengan melekatkan poster, ada sesetengah letak di desktop. Ada meletakkan matlamat di dalam dompet. Saya kira itu boleh dikatakan bagus. Tapi ada yang tiada matlamat langsung. Pergi ke kelas cuma harap jam berdetik dan habis. tiada matlamat.Tiada sasaran.Amatlah rugi mereka yang tergolong didalam golongan ini.
Matlamat yang hebat dan kuat adalah matlamat yang setiap kali kita sebut matlamat itu, maka berderau darah kita. Setiap kali kita sebut perkara itu terasa adrenalin mengalir, jantung berdegup kencang, rasa berpeluh,dan tidak senang duduk.Matalmat yang hebat adalah kita terasa misi dan visi kita amat jelas, kaki dan tangan kita sentiasa bergerak kearah itu,Bila anda ada matlamat sekuat ini, jangan risau kemana jasad anda akan membawa anda. Kemana kaki anda akan melangkah.Matlamat anda telah diresapi oleh minda separa sedar dan ia berkerja untuk anda.Minda anda berkerja untuk anda.
Namun sekarang, bagaimana nak menetapkan matlamat sekuat itu? bagaimana nak mencapai tahap matlamat setinggi itu yang semangatnya tidak akan pudar?
Ini cara saya. Saya tidak mengharapkan poster semata-mata. Saya akan melakonkan kejayaan saya dan menjiwai kejayaan yang saya inginkan seolah-olah saya sudah pun memilikinya. Saya menjiwai matalamat saya seolah-olah kejayaan itu telah ada ditangan saya. Sebagai contoh,matlamat saya untuk setiap semester adalah untuk mendapatkan 4.00 pada setiap semester. Pada setiap semester, saya akan mengedit slip keputusan saya untuk subjek semasa saya dan meletakkan sebagai A. Saya katakan pada diri saya dan percaya pada diri saya, ini adalah keputusan saya pada semester ini. Matlamat yang saya tetapkan bukanlah main-main. Saya memastikan bila menyebut 4.00 darah saya akan berderau.sebut sahaja, hati tak senang duduk.sebut sahaja otak saya ligat mencari jalan untuk mencapai matlamat itu. Maka disitulah anda tahu yang anda telah mencapai tahap tertinggi! Oleh itu jangan risau kemana jasad anda akan melangkah.Apa yang anda perlu buat adalah ikut sahaja.

Thursday, 5 December 2013
Kenapa Ustaz Kazim Elias tidak mahu masuk UMNO?
Sebenarnya agak kecewa dengan keputusan UKE untuk tidak menerima Jawatan MT didalam UMNO. Saya melihat ini adalah satu peluang bagi beliau untuk melaksanakan apa yang didakwahkan oleh beliau selama ini.Dengan duduknya Ustaz didalam MT, maka peranan yang dilakukan adalah lebih besar.MT didalam UMNO bermaksud seseorang itu mempunyai pengaruh dan kuasa untuk mempengaruhi dasar-dasar kerajaan,Idea-idea bernas Ust lebih mudah dilaksanakan dan direalisasikan berbanding hanya berdakwah dengan ucapan dan kata-kata sahaja. Bukankah sebaik-baik perbuatan adalah dengan menggunakan tangan? (yakni kuasa), Apapun kita menghormati keputusan beliau dan saya yakin beliau ada alasan tersendiri untuk tidak secara langsung terlibat dengan politik.Menjejak kaki ke dunia politik bermaksud kita harus sedia dimaki dicaci dikutuk dan dibenci. Itulah asam garam perjuangan.http://www.sinarharian.com.my/politik/ustaz-kazim-tolak-jawatan-mt-demi-dakwah-1.227341
IPOH - [kemaskini] Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.
Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.
Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.
"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.
Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.
"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.
"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. - Bernama
Dell awards scholarships to nine young Malaysians
PHOTO - Dell
scholarship recipients with (second from right) Steve Felice, president and
chief commercial officer, Dell.
Global
computer firm Dell has awarded scholarships for the first time in Malaysia with
the sponsorship of nine young Malaysians as parts of its Malaysia Skills
Enhancement Sponsorshop (MSES) programme.
MSES is an
initiative to attract and develop new talent in selected local public
universities and local campuses of foreign universities in Malaysia, said Dell
Malaysia managing director Dato' Simon Wong on 19 March 2012. "More than
100 applications were received from students pursuing degrees in accounting and
finance, information technology, business management, engineering, law,
statistics, mathematics and economics."
"We
believe in advancing human potential by developing and nurturing bright young
talent," said Wong. "By providing access to opportunities and funding
such as the Dell Malaysia Scholarship Awards, we help them manifest their
potential and develop their leadership capabilities and skill sets."
He aid this
year's nine recipients were awarded scholarships totalling RM350,000
[US$113,762] and, upon graduation, will serve Dell for a period of one to four
years.
The scholarship
awards were presented at a ceremony held at the Dell Global Business Centre in
Bayan Lepas, Penang. Four scholars attended the event: Lee Sau Lai and
Cham Hong Weng from Universiti Sains Malaysia (USM), and Shaminy Marutha and
Farid Aswan bin Ismail from Universiti Utara Malaysia (UUM). They were
presented with cheques from Wong and Dell global president and chief commercial
officer, Steve Felice.
The five
other recipients are Suganthi Balakerisnan, a first-year accounting student at
Multimedia University Malaysia; Mohd Tharmizi bin Daud, a second-year electric
mechatronics student at Universiti Teknologi Malaysia; Joanne Wee Wei Ting,
first-year accounting information system student at UUM; Sharifah Nurul Awwall
binti Sayed Abdul Rahman, a first-year economics student at University of
Malaya; and Nur Izzaty binti Zulbadli, a final-year international business
management student at University of Nottingham (Malaysia Campus).
UUM first
year international business management student, Shaminy Marutha, said: "It
feels great to be awarded with this scholarship and I feel so fortunate,
especially in getting an offer from a well-known multinational corporation such
as Dell. With such international standards and visions, I believe I would be
able to have a successful career in Dell and make my dreams come true."
UUM final
year international affairs management student, Farid Aswan bin Ismail, said:
"It is an honour for me to receive this scholarship. I would like to
express my highest gratitude to Dell for its scholarship programme which
inspires me to work harder and challenge myself to the next level. I am so
excited to work for Dell, share the experience and at the same time meet
outstanding people. Although I do not come from a computer science or technical
background, I know there are some roles I can contribute to Dell. I believe
that a multi-faceted background is intrinsic for an organisation like Dell that
continuously focuses on innovation and research in the development of
technology."
Semangat Baru Pelajar UUM -KOSMO
PELAJAR Perakaunan, Ang Pheik Cheng, berasa bertuah kerana berpeluang
melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kondusif
untuk pembelajaran.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu juga mengakui program yang diatur sepanjang program Minggu Suai Kenal Semester Kedua Sesi 2009/2010 membina semangat berpasukan yang tinggi. Mereka mendapat pendedahkan tentang aspek kepimpinan, integrasi kaum dan semangat setia kawan yang mantap.
"Saya gembira kerana dapat berjumpa dengan ramai kawan untuk berkongsi pengalaman dan membina semangat berkumpulan serta mewujudkan persefahaman tanpa mengira kaum," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Pelajar Pengurusan Pelancongan, Siti Balqis Zolkefli berpendapat program yang diatur mendedahkan mereka kepada aspek kepimpinan, latihan, teknik komunikasi dan toleransi sebagai persediaan menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
"Program ini dapat memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan perpaduan sesama pelajar dalam menghadapi pelbagai aktiviti dan program yang akan datang," katanya.
Siti menyifatkan program tersebut mengajar mereka bekerja secara berpasukan selain didedahkan dengan perkara baru untuk melahirkan personaliti yang unggul.
Motivasi memainkan peranan penting dalam era globalisasi memandangkan ia mampu membentuk hidup yang lebih berkualiti dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Dunia serba mencabar dan kompetitif memerlukan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi untuk melahirkan pelajar-pelajar berdaya saing. Mereka juga perlu bebas daripada pelbagai tekanan yang menjejaskan produktiviti.
Motivasi
Sebenarnya tidak semua faktor motivasi berpunca daripada luaran. Motivasi yang lebih kekal adalah daripada dalam diri individu itu sendiri.
"Biasanya motivasi pelajar sangat tinggi dan semangat mereka berkobar-kobar apabila menjejakkan kaki ke universiti namun akhirnya motivasi itu semakin pudar setelah mereka menjalani kehidupan di kampus," kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid.
Menurut Ahmad Faiz, motivasi tidak boleh bermusim dan perlu ditingkatkan secara berterusan dari semasa ke semasa. Ini kerana mereka yang mempunyai motivasi yang konsisten akan berjaya dalam pelajaran seterusnya dalam kerjaya.
"Motivasi adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar supaya bersemangat memburu kejayaan yang didambakan dengan usaha yang gigih.
"Jangan buang masa, tingkatkan usaha dan mereka yang sanggup berjuang untuk mendapat yang terbaik akan terus bertahan.
"Pelajar juga seharusnya mempunyai keinginan untuk berjaya tanpa mengira masa, tidak pernah berputus asa dan sentiasa gigih pasti akan cemerlang," katanya.
Pelajar juga perlu meningkatkan motivasi, memantapkan semangat jati diri dan keyakinan diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang agar bijak menangani masalah termasuk isu-isu akademik dan semasa.
Beliau memberitahu, sepanjang belajar di UUM pelajar perlu bijak menggunakan peluang dengan menggandakan usaha.
Dalam pada itu, universiti pula akan sentiasa bersama membantu mereka dalam memastikan sesi pengajian berjalan dengan lancar.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0105&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_04.htm#ixzz2mbsTyMVy
Hakcipta terpelihara

|
|
|
PEMANDANGAN dari pintu masuk kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Wednesday, 4 December 2013
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa Terima Anugerah Pingat Emas Canselor
UUM ONLINE: Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal
Antarabangsa (Kepujian), Farid Aswad Ismail, dinobatkan sebagai penerima
Anugerah Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesyen Universiti
Utara Malaysia (UUM) Ke-26, baru-baru ini.
Farid Aswad berkata,
walaupun pernah menghadapi kegagalan sebelum ini, ia sedikit pun tidak
pernah mematahkan semangatnya untuk terus berusaha meraih kejayaan.
“Saya pernah gagal sebelum ini, kegagalan yang saya lalui bukan titik
noktah bagi saya. Saya percaya usaha yang berterusan akan membawa kepada
kejayaan,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau
menegaskan aspek pengurusan masa yang baik harus diutamakan oleh pelajar
untuk meningkatkan keberkesanan belajar, selain suka berkongsi ilmu.
“Jangan kedekut ilmu dan urus masa dengan baik agar kita dapat kekal fokus tanpa meninggalkan aktiviti lain.
Selain itu, beliau menyifatkan bahawa kejayaan yang dikecapi itu
merupakan rezeki kurniaan tuhan yang sangat besar pada dirinya.
“Saya bersyukur kerana penat lelah saya selama ini membuahkan hasil.
Mungkin juga ini adalah rezeki buat anak sulung saya yang baru
dilahirkan,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, bekas
personaliti televisyen, Yusanani Yushak yang menerima Anugerah
Pelajaran DiRaja, berkata pengiktirafan tersebut amat bermakna kerana ia
bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan usaha yang bukan sedikit.
Berpengalaman luas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, beliau
memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi (Kepujian) bersama-sama dengan 12 rakan selebriti lain.
Kebijaksanaannya mengadunkan teori di bilik kuliah dan pengalaman kerja
dalam bidang penyiaran selama 11 tahun, membolehkan beliau tampil
sebagai pelajar cemerlang dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) tertinggi 3.97, selain turut dianugerahkan Sijil Pencapaian
Akademik Terbaik oleh UUM.
“Saya bersyukur atas pengiktirafan
yang diberikan. Saya sangat-sangat tidak sangka akan menerima anugerah
ini. Bukan mudah untuk saya mengekalkan prestasi dengan mendapat
Anugerah Dekan setiap semester kerana sering sibuk dengan tugasan lain.
Tapi saya tetap sahut cabaran ini sebab menuntut ilmu ini tiada titik
noktahnya. Kini, saya sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana
dalam bidang Komunikasi Kepengurusan di UUM Kuala Lumpur,” katanya.
Bagi seorang lagi penerima Anugerah Pelajar DiRaja, Wee Him Shion yang
merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Kepujian),
berkata penganugerahan yang diberikan UUM kepada dirinya merupakan saat
yang paling indah dan akan menjadi memori yang paling berharga.
“Saya bangga kerana usaha yang tidak putus-putus ini berbaloi hingga
mendapat Anugerah Pelajaran DiRaja. Inilah hadiah terbaik yang dapat
saya berikan kepada ibu-bapa dan keluarga.
Terima kasih yang tak terhingga buat pensyarah dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya sepanjang pengajian,” katanya.
Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor UUM, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Monday, 2 December 2013
BIODATA PEMENANG ANUGERAH PINGAT EMAS CANSELOR UUM kali ke 26
BIODATA PEMENANG ANUGERAH PINGAT EMAS CANSELOR
FARID ASWAN BIN ISMAIL
IJAZAH SARJANA MUDA HAL EHWAl ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN
Farid
Aswan Ismail merupakan anak seorang pesara tentera yang dilahirkan di Taiping
Perak pada 14 Julai 1987. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik
beradik daripada pasangan Ismail Mohd Hassan dan Rohani Atan dan baru sahaja
menimang seorang cahaya mata perempuan, Nur Afeefa Najya.
Mendapat pendidikan awal daripada lebih 9 buah
sekolah kerana mengikut ayahnya berpindah randah.Antara sekolah beliau adalah,
SK King Edward Taiping,Sk Mejar Jeneral Dato Ibrahim,SRK Kem Pakit, dan peringkat
menengah pula SMK (A) Dato Ismail, SMK Pengkalan Chepa, MRSM kuching dan
sekolah terakhir beliau adalah SMK KIDURONG Bintulu sarawak.
Merupakan
penerima Anugerah pelajar terbaik Tingkatan 5, ciri-ciri kepimpinanya terserlah
semenjak awal lagi apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengawas dan juga pengerusi Kadet Remaja Sekolah. Setelah mendapat
keputusan cemerlang di peringkat SPM, beliau meneruskan pengajianya ke UIA ,
dan UPNM dan seterusnya ke UUM.
Pernah
mewakili UUM ke pertandingan debat beberapa kali, beliau juga turut aktif menyampaikan ceramah motivasi dan
teknik bijak belajar kepada pelajar UUM, serta pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri
Kedah. Antara kenangan manis beliau adalah ketika menyampaikan ceramah motivasi
kepada pelajar Darunsat Withaya School
Thailand dan beberapa sekolah di Pattani didalam dialek Siam. Di UUM juga, beliau
pernah bertanding didalam Pemilihan Majlis Perwakilan pelajar, namun kecundang.
Tetapi ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berbakti kepada
Mahasiswa dan akhirnya dilantik sebagai Presiden Dewan Penginapan Pelajar TM
untuk sesi 2011/2012. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Kelab UNESCO
UUM dan Naib Presiden DPP Maybank.Selain itu juga,beliau turut menulis beberapa
buah artikel di akhbar tempatan mengenai isu-isu semasa.
Pernah
dianugerahkan sebagai Tokoh Akademik TM 2012 dan juga Anugerah Biasiswa
daripada DELL Asia Pacific pada tahun
yang sama .Selain itu juga beliau mendapat Anugerah Dekan daripada 6 semester
berturut-turut. Kini berjaya mengengam Ijazah Kelas Pertama didalam Pengurusan
Hal Ehwal Antarabangsa.
Saat
paling indah bagi Farid Aswan Ismail adalah ketika beliau menghabiskan zaman
bujangnya di UUM pada semester terakhir bersama isteri yang juga seorang
penuntut UUM, Salfarina Deris. Beliau membuktikan biarpun sudah berumahtangga,ini
tidak menghalangnya untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang dan pada masa yang sama terus berbakti kepada rakan-rakanya
yang lain didalam pelajaran.Pernah berkhidmat di RHB bank dan kini sedang berbakti di Kampus UUM tercinta sebagai Tutor
di School Of International Studies COLGIS. Beliau sedang membuat persediaan
melanjutkan pelajaran ke Australia dan bercita-cita mengengam sebuah Ijazah
kedoktoran didalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa dan Politik Ekonomi.
Subscribe to:
Posts (Atom)